Ujian akan dijalankan dari 9 pagi hingga 12 tengah hari, dan penduduk sekitar diminta tidak panik.

GEORGE TOWN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Ferringhi esok.
MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, ujian itu akan diadakan dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan sehubungan itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik apabila mendengarnya.
MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.