`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Tuesday, June 17, 2025

PN cadang tubuh jawatankuasa pilihan khas pantau proses lantik hakim

 Pembangkang berkata jawatankuasa dwipartisan itu bagi menjamin akauntabiliti tanpa mengganggu kebebasan kehakiman.

istana kehakiman Federal Court
Perikatan Nasional mahu ketelusan dalam pelantikan hakim dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mesti diberi ruang sewajarnya untuk melaksanakan fungsinya tanpa tekanan politik.
PETALING JAYA:
 Perikatan Nasional (PN) mencadangkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas Parlimen dwipartisan untuk memantau proses pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan termasuk ketua hakim negara.

Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, dalam kenyataan berkata gesaan bawah pengawasan Parlimen yang seimbang itu bagi menjamin akauntabiliti tanpa mengganggu kebebasan kehakiman.

Katanya, PN juga mahu ketelusan dalam pelantikan hakim dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mesti diberi ruang sewajarnya untuk melaksanakan fungsinya tanpa tekanan politik khususnya daripada pihak eksekutif.

“Justeru nama-nama disyorkan hendaklah berdasarkan kelayakan, integriti dan senioriti, bukan atas hubungan atau kecenderungan politik,” katanya sambil meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi komitmen tidak campur tangan.

Takiyuddin berkata, PN turut mencadangkan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang dipinda pada 1988 dikaji semula untuk mengembalikan kuasa asal badan kehakiman sebagai cabang setara dalam pemerintahan.

Isu berkait pelantikan kehakiman timbul susulan ucapan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada ucaptama di Persidangan Perundangan Komanwel ke-24 di Malta, 8 April.

Tengku Maimun dipetik berkata, ada cadangan untuk meminda JAC 2009 dan Perlembagaan Persekutuan untuk menghapuskan peranan perdana menteri dalam pelantikan hakim.

Dua hari kemudian, Anwar menyatakan komitmen reformasi untuk meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja JAC.

Menurutnya, kajian semula itu akan melibatkan rundingan bersama pihak berkepentingan termasuk institusi kehakiman, Majlis Raja-Raja, Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.