`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, June 18, 2025

Semakan SST: Menteri akan beri penerangan lanjut

 Kerajaan sentiasa ambil pandangan serius terhadap maklum balas yang diberikan berhubung semakan percukaian yang bakal dilaksanakan, kata Menteri Fahmi Fadzil.

FAHMI FADZIL
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dimaklumkan penjelasan berkait SST akan dibuat melalui sidang media atau kenyataan rasmi.
PUTRAJAYA:
 Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan akan beri penerangan dan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan secara bersasar.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau dimaklumkan penjelasan mengenai perkara tersebut akan dibuat melalui sidang media atau kenyataan rasmi.

Fahmi berkata kerajaan sentiasa mengambil pandangan serius terhadap maklum balas yang diberikan berhubung semakan percukaian yang bakal dilaksanakan itu.

“Seperti yang umum sedia maklum, apa yang dikutip melalui hasil ini akan disalurkan untuk pembinaan seperti sekolah dan hospital,” katanya pada sidang media mingguan.

Pada 9 Jun, Amir berkata kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan secara bersasar berkuat kuasa 1 Julai, selaras pengumuman Belanjawan 2025 pada Oktober tahun lepas bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian tanpa membebankan rakyat terbanyak.

Kadar Cukai Jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan manakala kadar sama ada 5% atau 10% akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.