`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, June 8, 2025

Tragedi bot terbalik: Suami isteri hilang ditemui lemas

 Mayat dua warga tempatan itu dijumpai terapung kira-kira 0.1 batu nautika dari Pelabuhan Utara pagi ini.

Pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas bot dinaiki enam penumpang terbalik di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, kelmarin. (Gambar Facebook APMM)
PETALING JAYA:
 Suami isteri yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, ditemui lemas.

Pegawai Operasi Unit Penguatkuasaan dan Eksais Agensi Penguatkuasaan Maritim Selangor, Mohd Syafiq Sazali, mayat pasangan warga tempatan itu dijumpai terapung kira-kira 0.1 batu nautika dari Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 7.42 pagi tadi.

“Mayat berjaya kita ‘recover’ menggunakan aset daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta dibawa ke jeti Maritim Selangor,” katanya menurut Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang kelmarin, tiga individu termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala sepasang suami isteri dilaporkan hilang.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Darren Gan, 3; Cheu Son Hin, 50; dan Fong Yong Sen, 29, manakala yang hilang dikenal pasti sebagai Gan Hon Tat, 32, dan isterinya Careen Man, 29, kedua-duanya berasal dari Klang Utama.

Seorang lagi mangsa terselamat, iaitu Alvin Chang Yan Qin, 17. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.