`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 31, 2013

Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya Ketika A.Samad Said Berucap.

Kelakar betul. 

Nak mengamuk atas benda remeh temeh. Itupun berlaku atas sebab salah faham. Jangan negatif sangat pada orang yang bawa bendera Sang Saka Malaya tue beb. Mereka bawa dan kibarkan bendera tue atas nama nasionalisme. Mengenangkan pejuang2 tokoh kemerdekaan parti politik gabungan haluan kiri. Bukan mengenangkan PKMM je. Jangan salah sangka.

Bendera Sang Saka Malaya juga di anggap sebagai bendera rakyat dengan sedikit ubahsuai. Bendera ini pernah diperkenalkan sebagai bendera rakyat ketika parti politik gabungan haluan kiri percaya bahawa mereka sedang menghampiri jalan untuk mendapatkan kemerdekaan di negara itu suatu ketika dulu.

Bahkan diterima oleh rata2 rakyat di Tanah Melayu ketika itu sebelum Jalur Gemilang diperkenalkan oleh kerajaan selepas pertandingan mengenai bendera dilakukan oleh kerajaan. Maksudnya, mungkin ketika itu, semua nya telah bersetuju secara majoriti memperakui Jalur Gemilang. Jika pernah berlaku bantahan, maaf tak pula aku tahu. Tetapi itu tak bermaksud bendera Sang Saka Malaya itu jika dikibarkan sekali dengan Jalur Gemilang di anggap sebagai mencemar kedaulatan Jalur Gemilang. 

Rilex sudah la.

Hanya nak mengenang kembali tokoh2 pejuang haluan kiri. Bukan nak cetuskan provokasi. Nasib baik tiada mana2 pihak dari pembangkang yang membalas semula provokasi murahan dari lelaki berbaju biru tue. Kalau tak, habislah satu media Malaysia canang aktivis2 PRO RAKYAT ganas nak mampos. Ko menjerit la sorang2. Orang dok perhatikan je gelagat ko. Mungkin depa pun dok terfikir2. Ini orang ke monkey?

Nak marah kang, kalau monkey, reti ke dia faham?

KAH KAH KAH

Pengecut? Ada terbaca di youtube, mereka kata pejuang rakyat pengecut sebab tak balas balik tindakan lelaki tersebut. BTW, untuk benda2 gini kalau jadi pengecut pun takde masalah. Pengecut takmo balas provokasi memang tindakan yang bijak dan bernas. Orang bodoh balas provokasi. Orang bijak tak balas provokasi. Jadi pengecut sebab tak terikut2 untuk menjadi orang bodoh ialah satu tindakan yang betul. Keganasan bukan stail aktivis2 rakyat. Sorry. 

KAH KAH KAH

Lihat video kat bawah neh hah ;

   

Psttt.. bila aku menulis benda neh, tetiba aku teringat kat pelukis yang ditahan polis sebab di anggap hina islam dan di anggap mempersendakan umat islam Malaysia disebabkan ada bendera yang seakan2 bendera Malaysia. Last2 bendera tue bendera US. Bendera sendiri dengan bendera US pun tak reti nak bezakan. Lagi ada ahti nak mengaku sebagai rakyat Malaysia. 

KELAKAR NAK MAMPOS.

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.