ALOR SETAR - Penduduk Taman Setia Berjaya, Jalan Teluk Wanjah dekat sini, kerugian ribuan ringgit selepas cermin 10 kereta yang diparkir di luar pagar rumah dipecahkan oleh penjenayah.
Seorang mangsa, See Kah Peng, 56, menyedari kejadian itu selepas diberitahu seorang jiran mengenainya yang turut menimpa beberapa penduduk lain semasa keluar bersenam.
Beliau terus pulang ke rumah kerana khuatir keadaan keretanya.
"Ketika keluar rumah untuk berjoging, saya tak perasan cermin kereta pecah. Selepas jiran bagitahu ada kes cermin kereta kena pecah terus saya balik tengok.
"Rupa-rupanya cermin tingkap kereta saya kena pecah. Malah kereta milik anak lelaki saya juga turut kena," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, beliau sekeluarga langsung tidak menyedari kejadian itu walaupun mereka tidur lewat malam.
"Semalam kami masyarakat Cina di sini ada buat upacara sempena sembilan hari tahun baru Cina, kami buat sembahyang dan bakar mercun.
"Kebanyakan penduduk lain juga tidur lewat sehingga kira-kira jam 3 pagi. Tapi waktu itu tidak ada keadaan yang mencurigakan," katanya.
Anaknya, See Soon Sin, 26, terkejut melihat keadaan kereta selepas diberitahu bapanya.
"Saya terus periksa kereta untuk tengok jika ada barang yang hilang. Saya dapati beberapa angpau dan kad prabayar tol hilang.
"Nasib baik saya tidak tinggal barang berharga dan tiada kerosakan lain," katanya yang turut membuat laporan polis bersama mangsa lain.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.