`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 8, 2014

Denda macam ni pun, murid boleh terjun tingkat 3 ke?

Hiasan
Harian Metro menyebut hukuman "luar biasa" ke atas seorang murid Tahun 5, Aziz  di sebuah sekolah di Mutiara Rini, Skudai.

Denda tersebut menyebabkan dia tertekan dan terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah hingga patah kedua-dua kaki.  Kejadian berlaku jam 1.40 petang, 5 Februari lalu.

Hukuman luar biasa tersebut iaitu "supaya sekumpulan murid perempuan membuli seorang murid lelaki dengan mempersendanya beramai-ramai kerana kesalahan membuat bising dalam kelas."

Ayat seterusnya HM, "Aziz diarah berdiri di tengah-tengah sekumpulan murid perempuan dengan niat mempersendanya." Ada bezanya dengan ayat di atas kan!!

Adakah maksudnya dengan berdiri di antara meja murid-murid perempuan?

Adakah denda tersebut "luar biasa" seperti denda pakai loceng dan diberi makan rumput seperti sebelum ini?

Kalaulah berdiri di antara murid perempuan pun tak boleh, denda apa lagi yang boleh dilaksanakan guru?

Selepas ini bolehlah guru berkata seperti berikut, "Mari sini nak, guru nak denda kamu, duduk baik-baik di atas kerusi cikgu. duduk baik-baik ya nak!!"

Apapun ibu bapanya telah membuat laporan polis, biarlah polis menyiasatnya.

Tanya juga murid tersebut, apa masalahnya sehingga boleh terjun tingkat 3?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.