`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 7, 2014

GEMPAR! DATIN YANG TANDATANGAN SURAT TAMAT KONTRAK STAFF PHSB JUGA BAKAL DIBERHENTIKAN?

Siapakah yang tahu kisah sebenar penamatan kontrak 23 staff PHSB anak syarikat PKNS ini?
PERSOALAN: MENGAPA?

Sementara staff kontrak yang tidak menerima surat pecat menarik nafas lega, spekulasi sedang meniti dari whassup ke whassup... dari sms ke sms...dari facebook ke facebook. "What's next?" Atau "Who is next?" 

Ada sumber dalaman yang memberitahu Yong pemecatan itu wajar. Kalau kita baca kenyataan MB dalam mstar.com.my/ ia selari dengan pandangan sumber tersebut:

GAJI TERLAMPAU?

Jika kita ikuti berita sebelum ini kita difahamkan staff yang ditamatkan kontrak itu mendapat pampasan selama 3 bulan. Maknanya, kalau dia dapat RM60,000, maka gajinya sebulan ialah RM20,000. Wau banyaknya! Kalah gaji MB Selangor! (sebelum kenaikan). Apa jawatannya dan spesifikasi kerjanya? Hebat sangatkah?

Patutlah jika ada staff tetap tak puas hati!

Tapi berita yang paling menggemparkan ialah mengenai Datin yang tandatangan surat penamatan kontrak itu juga bakal dipecat!

DATIN PADUKA NORAZLINA ZAKARIA

Adakah benar berita ini?

Kalau benar ini bukan rombakan kecil. Bukan managing change - bukan organisational change!

Beberapa panglima PKR juga sudah masuk dalam gelanggang - berpencak-silat! Kenyataan salah seorang panglima PKR berpangkat tinggi itu boleh dibaca di sini. Adakah ini namanya administrative politics in real-life?

Kita tunggu episod seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.