`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 7, 2014

SUSPEK SAMUN STESEN MINYAK MATI DIPUKUL ORANG AWAM





























Seorang lelaki yang menyamun sebuah stesen minyak di Jinjang malam tadi maut dipukul 

orang awam yang menyaksikan kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, suspek yang masih belum dikenal pasti kerana tiada butir-butir pengenalan diri maut di tempat kejadian dalam insiden pukul 9 malam.

"Suspek dikatakan datang ke stesen minyak itu bersama seorang lagi kawannya menaiki sebuah motosikal.

Di dalam stesen minyak, suspek yang memegang parang, menyamun wang dan rokok, manakala rakannya menunggu di luar.

"Apabila suspek keluar, dia dikejar dan dipukul oleh orang awam hingga ke seberang jalan sebelum dibelasah hingga mati,” katanya sambil menambah rakan suspek sempat melarikan diri.

Zakaria berkata, mayat suspek yang mengalami luka parah di bahagian kanan muka dipercayai dipukul dengan batu, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.