`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 2, 2015

1MDB: Ketua Polis Negara Salahguna Kuasa

1MDB: Ketua Polis Negara Salahguna Kuasa
Khalid Abu Bakar                                 Kerajaan Rakyat

Kini seluruh negara khasnya, dunia amnya mengetahui dan mengikuti dengan dekat perkembangan politik serta ekonomi Malaysia, khususnya berkaitan penyelewengan dana 1MDB (1Malaysia Development Berhad) bernilai US$700 million (RM2.67 billion).

Penyelewengan dana bernilai US$700 million (RM2.67 billion) menarik perhatian rakyat marhean kerna ianya melibatkan dua individu utama negara, perdana menteri; Datuk Seri Najib Razak dan isterinya; Datin Seri Rosmah Mansor. Skandal ini secara langsung telah menjejaskan bukan hanya keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional, lebih dari itu ia turut menjejaskan keyakinan para pelabur dalam dan luar negara terhadap kestabilan politik dan ekonomi Malaysia.

Terkait secara langsung dalam skandal 1MDB ini, pendedahan demi pendedahan berserta gambar dan bukti bertulis oleh individu tertentu, juga oleh media dalam dan luar negara termasuk Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya sudah cukup bagi Ketua Polis Negara, Ybhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pihak polis menahan, menangkap dan seterusnya membawa tertuduh (Datuk Seri Najib Razak dan isterinya; Datin Seri Rosmah Mansor) untuk disiasat dan didakwa kemuka pengadilan.

Malangnya, Ketua Polis Negara, Ybhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar bukan hanya memandang sepi isu ini, malah beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Polis Negara dengan menahan serta mengkhianati rakyat marhaen yang menuntut keadilan dan memohon agar siasatan telus dilakukan.

Saya anak negeri Johor Darul Takzim, rakyat Malaysia negara berdaulat, dengan ini mendakwa; Ybhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar telah dengan sengaja mengkhianati amanah serta menyalahgunakan kuasa yang digalasnya sebagai Ketua Polis Negara.

Saya, Mohd Sofi Yassin bertanggungjawab penuh terhadap kenyataan ini bersandarkan keyakinan saya bahawa pencetus utama skandal 1MDB; Datuk Seri Najib Razak wajib ditahan dan disiasat segera demi kesejahteraan rakyat serta keharmonian negara Malaysia tercinta.

Salam Takzim.
Mohd Sofi Yassin.
Kerajaan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.