`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 17, 2016

Akhirnya Mesyuarat Exco Kedah Diadakan Di Hospital Pulau Pinang?

Akhirnya Mesyuarat Exco Kedah Diadakan Di Hospital Pulau Pinang? Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Kedah akan bersidang di Hospital Pulau Pinang, memandangkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sedang berehat di situ.

FMT difahamkan mesyuarat berkemungkinan besar diadakan Rabu depan.“Saya diberitahu mengenai mesyuarat di Pulau Pinang. 

Akhirnya Mesyuarat Exco Kedah Diadakan Di Hospital Pulau Pinang? Tiada surat rasmi setakat ini tetapi nampaknya akan berlaku,” kata seorang exco kanan Kedah ketika dihubungi.

The Star hari ini melaporkan Speaker Kedah Datuk Md Rozai Shafian sebagai berkata anggota exco akan bertemu menteri besar, “memandangkan beliau sedang berehat di sana”.

Bashah pengsan semasa mengadakan mesyuarat bersama ahli Dewan Undangan Negeri di sebuah hotel di Alor Star 3 Jun lalu.


Akhirnya Mesyuarat Exco Kedah Diadakan Di Hospital Pulau Pinang?


Beliau dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan ditempatkan dalam rawatan rapi.

Pada 6 Jun lalu, Bashah dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani pembedahan kecil di bahagian usus.

Akhirnya Mesyuarat Exco Kedah Diadakan Di Hospital Pulau Pinang? Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seusai lawatannya berkata Bashah dalam keadaan bersemangat dan diberi makanan mudah hadam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.