`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, June 20, 2016

[BERGAMBAR] Ustaz Azhar Kembali Temui Rakyat Untuk Ucap Terima Kasih

Sehari selepas hari mengundi, semalam, 19 Jun 2016, calon Parti Amanah negara bagi P.093 Sungai Besar, Ustaz Azhar Abdul Shukur telah menyusuri semula rakyat Sungai Besar.

Kali ini bukan untuk meraih undi, tetapi untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepad amereka yang telah memberi sokongan kepadanya selama tempoh berkempen sehinggalah ke hari mengundi kelmarin.

Ustaz Azhar (AMANAH) tewas kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang meraih 16800‎ undi manakala AMANAH memperoleh 7,609 undi tetapi berjaya mengatasi calon Pas, YB Abd Rani Osman yang memperolehi 6,902 undi.


Sekali pun tewas, Ustaz Azhar dengan ditemani oleh ADUN Sekinchan, YB Ng Suee Lim terus menyantuni rakyat Sungai Besar khususnya di Pasir Panjang dan Sekinchan untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Memetik kata-kata Ustaz Azhar:

Alhamdulillah, hari ini ke Bazaar Ramadhan Sg Besar dan Pasar Basah Sekincan untuk mengucapkn terima kasih kepada para penyokong.

Respon yg diterima amat baik dan satu ketika, seorang makcik hampir menitiskan airmata bila menemui saya.

Terima Kasih semua.....



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.