`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 2, 2016

SYED ROSLI ‘DIBAYAR’ MAHATHIR UNTUK PECAHKAN UNDI BN?

Syed Rosli KK
(Utara News) – Ohhhhh… Patut la Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail ni, beriya-iya sangat nak masuk bertanding bagi menentang calon Barisan Nasional (BN) dan PAS di PRK Kuala Kangsar.
Sebab dengar kata yang Syed Rosli ni dibayar oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memecahkan undi BN…. Ehhh, betul ke ni?? Itu la khabar angin yang bertiup kencang sekarang ni tapi sahih atau tidak, kita tak dapat pastikan lagi.
Menurut Syed Rosli, seorang bekas pemimpin wanita UMNO yang telah dipecat daripada partinya tahun lalu dikhabarkan akan turut serta bertanding sebagai calon Bebas… Wanita itu diberitahu Syed Rosli telah ditaja oleh kumpulan Mahathir untuk pecahkan undi BN dan mengalahkan UMNO.
“Saya dapat maklumat dia akan bertanding dan akan ditaja oleh kumpulan Tun Mahathir bagi memecahkan undi dan beri kekalahan kepada UMNO.
“Pemimpin itu juga bukan ikhlas dan dia bertanding hanya kerana dendam kepada bekas partinya dan membawa agenda Tun Mahathir bersama kumpulan Deklarasi Rakyat untuk mengalahkan BN di Kuala Kangsar,” katanya.
Syed Rosli ni terhegeh-hegeh nak masuk bertanding sebab dia tak puas hati dengan pemilihan parti BN yang memilih ‘balu yang kematian laki’… BN mengumumkan balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid sebagai calon mereka dan Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad diumum sebagai calon PAS bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar.
Kononnya Syed Rosli ni nak bertanggungjawab untuk membela nasib orang Melayu yang ‘gagal’ dilakukan oleh UMNO. Dia turut menuduh UMNO menjadi punca kepada wujudnya pecahan dalam Melayu dan terbentuk kumpulan-kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu. Elehhh, padahal dia tu kena bayar dengan Mahathir untuk timbulkan kekacauan kot?!
“Misalnya, wujudnya Pertubuhan PriBumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Mereka ini majoriti Melayu dan saya percaya kebanyakan mereka sebelum ini adalah ahli UMNO.
“Kenapa mereka sertai PERKASA, ini kerana mereka kecewa dengan UMNO yang gagal membantu bangsa mereka dari segi ekonomi dan pendidikan. Saya juga lihat UMNO juga gagal dalam menangani tekanan seperti hak-hak orang Melayu dan hak orang Islam dicabar serta Institusi Raja-Raja Melayu tidak dihormati,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.