Biar betul?
Kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, kadar jenayah telah mengalami penurunan sejak Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara bermula pada 2009 lalu.
Beliau seterusnya menegaskan, penurunan kadar jenayah itu adalah kerana beberapa transformasi yang diperkenalkan oleh “bossnya” itu.
Ini cakap betul atau bodek sebenarnya?
Tetapi, mengapa masih banyak kejadian jenayah dilaporkan dalam media?
Tidak saja di akhbar dan televisyen, malah di media sosial juga boleh dikatakan sarat dengan berita dan video mengenai kejadian jenayah yang berlaku di sana sini.
Selain itu, bukan saja jenayah di peringkat “pencacai” kelihatan makin banyak, malah jenayah di peringkat atasan juga nampaknya kian bertambah di tahun-tahun kebelakangan jika berdasarkan apa yang dilaporkan di media-media itu.
Jadi, benarkah kadarnya telah mengalami penurunan?
Lebih dari itu, benarkah dasar transformasi Najib menyumbang kepada penurunan kadar jenayah itu?
Tidak cukup dengan itu, Zahid Hamidi seterusnya menambah, kadar jenayah juga menurun dengan ketara antara 2013 hingga 2017 iaitu sejak beliau menjadi Menteri Dalam Negeri dan Khalid Abu Bakar memegang jawatan Ketua Polis Negara.
Paling drastik indeks jenayah antara 2013 hingga 2017 telah turun lebih 53 peratus menyebabkan puratanya menjadi 47 peratus saja lagi, kata Zahid.
Alamak…mula-mula bodek “boss” dengan mengatakan kadar jenayah turun sejak 2009, lepas itu “masuk bakul angkat sendiri” pula dengan menyatakan penurunannya lebih ketara sejak beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.
Nampak pelik kenyataan seperti ini!!
Kenapa tiba-tiba “masuk bakul angkat sendiri” begini?
Tidak cukupkah dengan memuji dan membodek Najib saja?
Perlukah sebagai Timbalan Perdana Menteri, Zahid puji “boss” dan kemudian “masuk bakul angkat sendiri” mengenai dirinya pula?
Apa agaknya mesej yang Zahid Hamidi mahu sampaikan kepada Najib?
Apa pun, Hishammuddin Hussein tentu tersenyum simpul dibuatnya dengan gelagat Zahid yang memuji Najib sambil “membodek” dirinya sendiri kali ini.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.