`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 2, 2017

RAYA DI LONDON – TUN MAHATHIR

Walaupun karier politik Tun Mahathir Mohamad penuh warna-warni, tetapi oleh kerana beliau tiada skandal peribadi atau melakukan pencurian wang untuk diri sendiri, sanjungan, penghargaan serta penghormatan tidak pernah berkurangan diterimanya.
Bukan saja ia diluahkan melalui lafaz kata, tulisan atau dalam bentuk kad ketika berkuasa, ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, ramai yang menamakan anak dan cucu mereka sempena namanya.
Malah, setelah berbelas tahun bersara, baru-baru ini di Langkawi ada sepasang suami isteri yang masih mahu menamakan anak mereka dengan nama Mahathir.
Tetapi, adakah sesiapa di Malaysia ini mahu menamakan anak atau cucu mereka dengan nama Najib?
Di kalangan pemimpin UMNO, yang diketahui ada anak bernama Najib hanyalah Isa Samad, bekas Pengerusi Felda dan FGV yang kini diberi tugas baru menerajui SPAD.
Itu pun pemilihan nama tersebut dibuat lama sebelum ini, sebelum Najib menjadi Perdana Menteri dan belum terkait lagi dengan skandal 1MDB yang membuatkan namanya “busuk” serta diperkatakan di seluruh dunia.
Najib, anak Isa itu kini sudah dewasa dan merupakan salah seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Bagi pemimpin dan ahli UMNO yang lain yang gigih membela dan mempertahan Najib, jika mereka ada anak baru, tidak kira dengan isteri lama atau isteri baru, sediakah mereka menamakannya dengan nama Najib?
Begitu juga bagi pembela, penyokong serta pengampu Najib, di alam nyata atau di alam maya, mahukah mereka menamakan anak, cucu atau keturunan mereka dengan nama Najib sebagaimana mereka menyanjung, membela dan mempertahankan Perdana Menteri yang bernama Najib itu?
Bagi rakyat biasa, tentu saja lebih ramai yang sudah alergik dengan nama Najib. Nama yang dianggap membawa kesusahan kepada rakyat dan negara dan mencemar Malaysia di mata dunia, bukan saja dibenci, tetapi seboleh-bolehnya tidak mahu disebut atau dikenang lagi selepas ini.
Nama Najib bukan saja mahu disingkirkan daripada terus memimpin negara, malah tidak mungkin ada yang mahu menamakan zuriat, anak, cucu dan keturunan mereka dengan nama tersebut lagi.
Skandal 1MDB, kecurian wang, menyusahkan rakyat dan pelbagai perkara yang memalukan yang dilakukannya semasa menjadi Perdana Menteri membuatkan nama itu bakal “membusuk” untuk selama-lamanya di negara ini.
Kecuali jika ada pemimpin UMNO, penyokong, pembela dan pengampunya, termasuk blogger yang diberikan sedikit habuan yang masih mahu menggunakan nama Najib untuk pewaris atau anak cucu keturunan mereka, kebarangkalian nama itu akan pupus dan tidak mahu digunakan lagi adalah tinggi sekali.
– http://chedet.cc/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.