`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 1, 2020

Solat Jumaat, 5 waktu untuk orang awam di Selangor ditangguh hingga 30 Jun

Solat Jumaat hanya dibenarkan di 39 masjid terpilih dengan jumlah jemaah tidak melebihi 12 orang yang terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid saja.
SHAH ALAM: Sultan Selangor mengarahkan penangguhan solat Jumaat dan solat 5 waktu untuk orang awam di masjid serta surau di negeri itu dilanjutkan sehingga 30 Jun bagi mengekang penularan Covid-19.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata sepanjang tempoh itu, pelaksanaan solat Jumaat hanya dibenarkan di 39 masjid terpilih dengan jumlah jemaah yang ditetapkan sebelum ini.
“Semakan semula penangguhan solat itu untuk orang awam akan dilakukan selepas minggu pertama bulan ini, sekiranya jangkitan wabak Covid-19 menurun dengan konsisten agar jumlah jemaah solat Jumaat dapat ditambah dan masjid dapat dibuka secara berperingkat lebih awal, khususnya di kawasan zon hijau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Munir berkata, laungan azan solat 5 waktu akan berkumandang seperti biasa dan hanya imam, bilal serta siak dibenar menunaikan solat itu di masjid serta surau, selain program ceramah melalui media sosial diteruskan.
Katanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru rakyat terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai topeng, mematuhi arahan dan garis panduan dikeluarkan Kementerian Kesihatan serta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar umat Islam dapat kembali mengimarahkan masjid.
Pada 13 April lalu, Sultan Sharafuddin mengarahkan solat Jumaat, solat berjemaah dan aktiviti ceramah di masjid, surau serta musollah di Selangor ditangguhkan sehingga 31 Mei bagi mengekang penularan Covid-19.
Tetapi, pada 14 Mei lalu, Sultan Selangor membenarkan solat Jumaat di 39 masjid terpilih dengan jumlah jemaah tidak melebihi 12 orang yang terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid saja. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.