`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 16, 2020

1. Dasar Cukai Impot Kereta Yang Tak Masuk Akal 2. Latest Proton Car Prices 3. Excise Duties On Motor Vehicles 4. Orang Kaya Beli Commercial Vehicle Tak Payah Bayar Cukai

Nukilan ini dalam bahasa Melayu dan Inggeris. This is written in both Malay and English.

If you are wondering why I publish information about Proton well it is because of a few reasons :
1. Due to the insane excise duties, import taxes and other taxes car prices in Malaysia far exceed world market prices and therefore car prices impoverish  Malaysians. 

Oleh kerana harga kereta sengaja dijadikan sangat mahal maka membeli kereta memiskinkan rakyat marhaen, terutama sekali kaum Melayu dan bumiputera. 

So if there is useful information about motorcars and car prices I publish it here in the blog.  I hope the public will benefit from this.

2.  Since Proton was sold to the Chinese,  Proton has put me on their mailing list. So I get regular information about what Proton is doing. So I can publish their information.

Other car companies do not send me any information. So if you want any of your auto information published in this blog - for free - just send it to me. This blog is approaching 74 million hits. My email is ali.syedakbar@gmail.com

There is no guarantee I will publish anything or everything you send me but you can send it to me anyway. Especially your car prices. Suka hati lah ok.  Tak mahu tak apa lah.  

Here is some information about Proton's latest car price list (after the 6% sales tax waiver until the end of this year). I received this direct  from Proton, thank you.





3.  Dasar Cukai Impot Kereta Yang Tak  Masuk Akal

And here is something else a reader sent me (thank you very much) about the excise duties, tax regime for motor vehicles in Malaysia. It is quite insane.

This is dated : 1st September 2018.

(Dont know if there have been changes since then).

MFN means "Most Favoured Nation rate"

ATIGA means "ASEAN Trade in Goods Agreement"








My comments :


I better write this part in Malay.  

Tuan-tuan di sini kita nampak kedungguan dasar cukai kereta. 

Pasal apa pula untuk import kereta dari ATIGA (ASEAN) cukainyaadalah 0 % bagi kereta CKD ?
  
Sungguh murah hatinya.

CKD maksudnya Completely Knocked Down.

Import kereta CBU (Completely Built Up) dari negara ASEAN pula hanya kena 10% cukai import?  

Wah. Murah hati juga. Cukai 10% sahaja.

Tetapi cukai tempatan pula (local taxes) depa tibai 75% - 115% !!
Duit ini masuk kocek kerajaan kita lah. 

Macam mana pula cukai impot bagi kereta impot dari Jerman (Mercedes, BMW, Audi, VW) Eropah dan Amerika?  

Tuan-tuan sepatutnya kereta VW dan Audi saiz kecil tidak perlu lebih mahal daripada Toyota atau Ford.  
Di pasaran antarabangsa harga kereta ini lebih kurang sama sahaja. 

Kenapa begitu? 

Sebab samada buatan Jerman, Perancis, Amerika, Korea dsbnya KOS PEMBUATAN (COST OF MANUFACTURING) adalah lebih kurang sama saja. Kereta Audi dibuat di negeri China.

Tetapi dalam negara kita pula, harga kereta BUKAN DITENTUKAN KOS PEMBUATAN tetapi sebaliknya ditentukan GEOGRAFI negara pengeluar kereta pula!

Inilah kepala hotak songsang dasar cukai impot kereta.

Kereta dari Most Favoured Nation kena cukai 10% (CKD) atau 30% (CBU) sahaja.
Kereta CBU / CKD dari negara ASEAN pula tidak kena cukai langsung -  0% cukai.

Fuiyyo. Murah hatinya. 

Nak tolong industry kereta negara ASEAN dan negara MFN (Most Favored Nation) dulu. 
Nak tolong ekonomi dan gaji pekerja negara lain lah itu. 

Biarlah rakyat marhaen di Malaysia bayar harga kereta antara yang paling tertinggi di dunia. Biar rakyat kita miskin dulu. Biar Melayu miskin dulu.

Ini dasar cukai ikut kepala hotak apa ?

Tuan-tuan - dasar cukai impot kereta mesti fikirkan duit kocek dan periuk nasi  Tuan Haji Fakir Miskin - ketua kampong di Kampong Pelita Malap, di Mukim Air Makin Keroh.  

Cukai impot kereta tidak boleh diputuskan mengikut kedudukan geografi negara pengeluar kereta !! 

Cukai impot kereta mesti berdasarkan harga impot kereta yang berdasarkan KOS PEMBUATAN kereta itu (cost of manufacturing) di negara masing-masing.

Bukan ikut kedudukan GEOGRAFI negara pengeluar kereta di atas peta dunia. 

Alternatifnya cukai impot kereta di samaratakan sahaja. 
Kalau cukai impot kereta bagi negara ASEAN antara 0% - 10% (CKD dan CBU) maka biarlah cukai impot kereta Jerman, Perancis, Jepun dsbnya juga 0% - 10% (CKD dan CBU). 

4. Orang Kaya Beli Commercial Vehicle Tak Payah Bayar Cukai  Pula


Tuan-Tuan, yang lagi Pelik Bin Ganjil ialah kereta yang dibeli orang kaya pula TIDAK KENA CUKAI !!

Sila lihat semula carta berikut :



Commercial Vehicles maksudnya Kenderaan untuk Kegunaan Perniagaan atau perdagangan.

Contohnya lori pembancuh simen (cement mix truck), tractor 'steam' roller, lori 18 tayar (18 wheeler), bas ekspress, tractor, bulldozer, lori kren pengangkut (crane), van,  lori balak, lori tarik kereta dsbnya. 

Semua itu adalah Commercial Vehicles.  Sila lihat gambar berikut :






Kecuali van kecil dan tractor kecil - setiap daripada Commercial Vehicle yang lain dalam gambar ini harganya boleh sampai beratus ribu Ringgit ataupun juta Ringgit.

Semua Commercial Vehicle ini pula TIDAK DIKENAKAN CUKAI IMPOT, hanya dari negara MFN kena cukai impot 30% sahaja. 

Excise Duty TIDAK ADA. ZERO.  

Tuan-tuan jangan salah faham ok. Saya sangat setuju dengan dasar CUKAI 0% atau hanya 30% sahaja bagi COMMERCIAL VEHICLES. Sebab lori balak, lori 18 tayar, lori pembancuh simen, tractor, bulldozer, crane, forklift truck dsbnya adalah sangat perlu untuk menggerakkan ekonomi negara kita, menjana ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi anaki-anak muda kita. Jadi saya sangat setuju cukai 0% atau 30% sahaja bagi mengimpot COMMERCIAL VEHICLES.


Tetapi saya nak tanya sikit lah. 

Saya tahu Makcik Kiah mampu beli van 2nd hand untuk niaga pasar malam atau niaga pasar minggu.

Tetapi bilakah kali terakhir Tuan Haji Fakir Miskin ketua kampong Kampong Pelita Malap beli sebiji tractor bulldozer? Atau lori pembancuh simen (cement mixer truck) ? 

Bila kah anak Tuan-Tuan yang graduan engineer dari universiti tempatan mampu membeli lori 18 tayar untuk tujuan lojistik?  

Bilakah kali terakhir usahawan Melayu yang Tuan-Tuan kenal mampu membeli forklift truck? 

Semua ini adalah COMMERCIAL VEHICLES.
COMMERCIAL VEHICLES ini adalah mainan orang yang sudah kaya. 

Hanya businessman yang sudah jutawan millionaire yang mampu membeli bas ekspress. Yang digunakan untuk menjadi lebih kaya.

Hanya peniaga yang jutawan mampu membeli lori 18 tayar. Yang digunakan untuk menjadi lebih kaya.

Hanya taukeh jutawan yang mampu membeli lori balak. Yang digunakan untuk menjadi lebih kaya.

Dan Mengimpot COMMERCIAL VEHICLES pula tidak dikenakan cukai tinggi. (0% hingga 30% sahaja).

Tuan-Tuan yang taraf dunggu salam pula sanggup bayar cukai kereta 75% HINGGA 115% bagi Honda City (contohnya)  yang Tuan-Tuan ambil car loan SEMBILAN TAHUN (Nauzubillah punyalah manusia bodoh!!) untuk membayarnya !!

WHY ARE YOU ALL SO STUPID ?

Tan Sri Businessman yang sudah kaya, Dato Seri peniaga yang sudah kaya, taukeh yang sudah kaya bayar sedikit saja cukai (0% - 30%) untuk mengimpot COMMERCIAL VEHICLE yang digunakan mereka untuk menjadi lagi kaya.

Tuan-Tuan pula terpaksa bayar harga kereta yang tinggi  untuk membeli kereta yang harganya jauh lebih murah di pasaran dunia.

Tuan-Tuan sanggup bayar harga Mercedes (di Canada atau Amerika) tetapi hanya dapat Toyota atau Peugeot kecil (di Malaysia). 

Inilah dikatakan BODOH TOLOL. 

Kalaulah COMMERCIAL VEHICLE hanya dikenakan cukai 0% hingga 30%, maka batalkanlah cukai atas kereta awam (passenger vehicles). 


Akhir kalam - sekali lagi jangan salah faham ok.
Kita tidak mahu kereta yang kualiti murah.
We do not want CHEAP CARS. 
Dr Mahathir listen carefully.

Kita hanya mahu membayar harga kereta yang sama atau serupa dengan harga kereta di pasaran dunia. 

Kalau harga Mercedes C200 adalah RM150,000 sahaja di Canada atau Amerika kita pun perlu bayar hanya RM150,000 untuk kereta Mercedes Benz C200. 

Kenapa pula Tuan-Tuan sudi bayar RM150,000 tetapi hanya dapat kereta buatan Jepun, Korea, Perancis atau China? 

Untuk harga yang sama, Tuan-Tuan patut sudah boleh milik Mercedes Benz C200.

So Dr Mahathir  - please get this through your nyanyuk skull.
We DO NOT WANT CHEAP QUALITY Cars.

We just want to pay world market prices for ALL cars.

If Mercedes Benz C200 is RM120,000 - to RM150,000 in the world market then we should also pay RM120,000 -  RM150,000.  

Not more, not less. 
Itu sahaja.

Yang miskin sekarang adalah Melayu marhaen.
Antara sebab Melayu miskin dulu ialah kerana harga kereta yang terlalu mahal.
Jauh lebih mahal daripada harga kereta di pasaran dunia.

Tuan-tuan kena faham masalah ini ok.  
Mereka memperbodohkan Tuan-Tuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.