`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 10, 2020

Boleh berkhemah di hutan tapi tak boleh bermalam

Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung menyarankan pengunjung melakukan aktiviti yang tidak memerlukan mereka bermalam, dengan tempoh pendakian sehari dan jarak denai tidak jauh. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Kegiatan pendakian, perkhemahan dan jungle trekking dalam hutan yang dibenarkan mulai 15 Jun ini, hanya untuk lawatan balik hari sahaja dan dilakukan dalam kumpulan tidak melebihi daripada 20 orang.
Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung, Mohd Yussainy Md Yusop berkata pihaknya perlu mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan virus Covid-19 masih ada.
Katanya, mereka yang memasuki hutan boleh membawa bersama virus itu dan jika jatuh sakit atau menunjukkan gejala seperti demam ketika dalam hutan, ia membahayakan pasukan penyelamat.
“Mereka (penyelamat) terpaksa buat persiapan rapi termasuk menyediakan set lengkap pakaian pelindung diri (PPE) semata-mata mahu menyelamatkan orang dalam hutan yang kita tidak tahu apa simptom sebenar pesakit itu,” katanya kepada Bernama.
Yussainy berkata pengunjung mempunyai pilihan untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan mereka bermalam, dengan tempoh pendakian sehari dan jarak denai tidak jauh seperti Gunung Irau dan Mossy Forest, Cameron Highlands serta Gunung Ledang.
Menurut beliau, aktiviti air seperti mandi di kolam awam, kolam takungan, dan kolam air terjun juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini.
Malah, aktiviti sukan lasak seperti “motorcross”, ATV, “mountain bike”, “rock climbing”, “paragliding” serta aktiviti tali seperti “abseiling” dan “wall climbing” juga dilarang sama sekali.
“Penganjuran kem motivasi dan ‘summer camp’ di mana penganjurnya persatuan rekreasi atau syarikat motivasi yang menggunakan kemudahan dalam hutan simpanan kekal juga adalah dilarang sama sekali.
“Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri boleh menimbangkan pertambahan senarai aktiviti yang dibenarkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.