`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 19, 2020

Cara Memiskinkan Orang - Kereta RM88,000 Dijual RM196,000 !!

Oops tersilap sebut Nissan Serena (bukan Toyota Serena).

First di sini ada berita ramai orang B40 sudah pokai.

Tak payah tanya Jabatan Statistik tetapi percayalah majoriti besar B40 itu Melayu. 

Account Lestari ramai B40 ini sudah pokai. Ini beritanya dari Malay Mail. 




KL, June 19 — MTUC urged govt for RM500 monthly cash stimulus for B40 

EPF revelation some members exhausted Account 2 
after 2 months withdrawing RM500 per month under (Lestari) scheme

MTUC warned govt this move highly dangerous 
most of these workers need RM500 subsidy badly to survive 
many lost jobs or taken huge pay cuts

MTUC calling govt to convert scheme to RM500 / month cash aid 
This will help B40 keep their EPF savings for old-age

majority 4.1m i-Lestari Account 2 withdrawals from B40 
RM1.94b withdrawn

B40 household income < RM4,360 / month
Half of the 8.8m wage earners earn < RM2,308 / mth in 2018

B40 do not have enough money in EPF 
will have serious impact in their old age

any stimulus package must not allow withdrawal from savings
it would have impact on retirement savings
need this account to help children’s education 

2/3 EPF members do not have basic amount for their age band
withdrawing savings will also lose dividends 

My comments :

Pendek kata - ramai orang makin susah. 

Tuan-tuan ini bukan isu Corona Virus sahaja. 

Ekonomi negara kita memang sudah letih dan tenat. 
Produktiviti makin menurun, ekspot kita pun tak sehebat. 

Sebab itu duit kita makin jatuh. 
Sekarang duit Amerika US$1.00 sudah jadi RM4.28.    
Duit Australia AUD$1.00 sudah jadi RM2.93.
Produktiviti ekonomi kita makin berkurangan berbanding negara lain. 

(Boleh tak Asyraf Wajdi, Tuan Ibrahim, Khalid Samad, Dr Dzul dan kepala lebai yang sewaktu dengan mereka beri sedikit idea bagaimana boleh kukuhkan produktiviti ekonomi dan kukuhkan nilai Ringgit kita? Selain daripada mendesak haramkan lesen arak (Asyraf Wajdi) atau buat kajian Corona Virus dalam air jamban (Tuan Ibrahim) ?)

Tetapi Tuan-Tuan walaupun rakyat makin susah dan bilangan orang Melayu yang miskin makin bertambah, harga kereta pula sengaja dijadikan mahal - yang memiskinkan orang Melayu lagi.  

Kereta itu bukan barang mewah. Not a luxury item. 
Kereta itu adalah keperluan asas bagi kita semua. 

Di Malaysia ini dasar pembangunan bandar dan luar bandar meletakkan rumah, kedai, hospital, sekolah, bank, pasar, supermarket dan dll berjarak jauh di antara mereka.  Bas dan sistem pengangkutan awam pula adalah sangat kurang. Mana ada LRT atau bas awam di Tanjong Malim. Atau di Kangar? Atau di Sandakan? Atau di Balik Pulau? Kalau ada bas pun kena tunggu sampai kiamat untuk bas tiba.

Jadi kereta dan motorsikal itu adalah sangat perlu bagi semua lapisan rakyat kita untuk hantar anak ke sekolah, pergi ke bank, hospital, pergi kerja dsbnya. 

Sesiapa yang tidak mempunyai kereta atau motorsikal akan membazirkan banyak masa untuk berjalan dari satu tempat ke satu tempat lain. 

Produktiviti mereka akan menjadi kurang, sebab anda tidak boleh menjahit baju atau membuat plywood ketika menunggu bas di stesen bas.  Membazir waktu sahaja. Produktiviti kurang, Ringgit kita pun jatuh. 

Remember the head bone is connected to the neck bone which is connected to the backbone dsbnya. Semuanya connected. 

Sekarang cuba lihat gambar berikut. Ini adalah gambar kereta Toyota RAV4 (model 2020) yang cantik dan molek. Harga kereta ini hanya RM88,000. Sangat murah. Tetapi harga RM88,000 ini adalah di Australia.  Bukan di Malaysia.

Toyota RAV4 RM88,000 sahaja di Australia.


Di Malaysia pula harga kereta Toyota RAV4 (tahun 2020) adalah RM196,000 ! ! ! !

DI MALAYSIA HARGANYA LEBIH DUA KALI GANDA HARGA PASARAN DUNIA ! !



Toyota RAV4 berharga RM196,000 di Malaysia !!
Cukai dan eksais memiskinkan pengguna Malaysia.


(Note :  Bukan niat atau tujuan saya menuding jari ke syarikat Toyota atau mana-mana syarikat kereta yang lain. Jauh sekali. Harga kereta mahal disebabkan cukai impot dan cukai eksais yang tinggi gila. Itulah fokus saya hari ini.)

Yang berikut adalah harga bagi beberapa jenis kereta lain di pasaran dunia.  

 Kia Sorento hanya RM120,000 di Amerika

Atas - Kia Sorento hanya berharga RM120,000 di Amerika. 

Bawah - Di Malaysia Kia Sorento berharga RM175,000 ke atas.



Bawah : VW Atlas (kurang lebih macam VW Touareg) hanya RM139,000 di Amerika


Soalannya kereta jenis apakah Tuan-Tuan mampu beli di Malaysia dengan duit sebanyak RM139,00 (contohnya). 

Yang berikut adalah kereta Nissan Serena yang dijual dengan harga RM139,000+ :

Tetapi bukan semua orang di Malaysia mampu membeli kereta Serena pun. 

Ikut laporan berita di atas :

B40 household income < RM4,360 / month
Half of the 8.8m wage earners earn < RM2,308 / mth in 2018

Pendapatan bulanan lebih separuh pekerja di Malaysia adalah kurang daripada RM2,308.

Saya kurang yakin dengan angka-angka ini. 

Ramai pekerja dalam negara kita berpendapatan gaji minima sahaja. 

Orang yang mampu membayar RM139,000 untuk sebiji kereta perlu mendapat gaji bulanan RM5,000 atau lebih. Baru mereka boleh mampu membayar bulanan RM1,500  - RM2,000 (4% untuk 6 tahun, 90% financing) atau lebih untuk membeli kereta dengan harga RM139,000.

Jika penjawat awam, Tuan-Tuan mesti berpangkat tinggi juga. Gred 44 atau lebih. 
Atau pendapatan suami-isteri mesti berjumlah lebih daripada RM5,000 sebulan.  

Berapa ramaikah orang yang berpendapatan melebihi RM5000 sebulan? 

Di Taman Tun, Subang Jaya, Putrajaya mungkin ramai. 

Macam mana pula di Gemas, Lahad Datu, Sarikei, Sik atau Kuala Lipis ? 

Bagi mereka yang mampu membeli kereta Nissan Serena dengan harga RM139,000 Tuan-Tuan pun akan rasa seronoklah bila balik kampong pada musim Hari Raya dan cuti sekolah.  Bolehlah rasa eksyen membawa kereta Nissan Serena.

Tetapi di negara lain pula, untuk harga yang sama, orang biasa pun sudah boleh beli kereta Volkswagen Atlas.

Apa maksud sebenarnya ? What does this mean?

Ini bermaksud bahawa Tuan-Tuan sudah telan virus 'I like to pay more but I get less'.




Tuan-tuan sudah pun mempunyai 'financial capacity' untuk membayar duit sebanyak RM139,000.

But what do you get for your RM139,000? 

Akhir kalam macam ini.

Kalaulah kereta jenis VW Atlas (atau serupa saiz dan quality) boleh dijual di Malaysia pada harga berpatutan (world market price) RM139,000 maka Nissan Serena tak akan laku. 

Ramai car buyer akan pilih untuk beli VW Atlas dengan duit yang sangat susah dicari sebanyak RM139,000 itu. 

Akibatnya harga Nissan Serena akan terpaksa dikurangkan oleh penjual kereta itu. Mungkin harganya akan turun sampai RM110,000 sahaja. 

Sudah dekat harga Proton 70 atau kereta lain. 

Maka orang yang dulu mampu beli Proton 70 akan pilih untuk membeli Nissan Serena pula. Proton 70 pula tak laku. Proton 70 pula akan terpaksa kurangkan harga jualan.

Dan seterusnya sehingga harga Perodua Myvi dan Proton Saga pun akan terpaksa dikurangkan harganya. Semua jenis kereta akan turun harga.

Bila harga kereta lebih berpatutan (maksudnya mengikut harga pasaran dunia) maka bayaran bulanan pun akan jadi kurang.

Sekarang ini di Malaysia hampir 20% - 30% daripada gaji bulanan rakyat marhaen digunakan untuk membayar bulanan kereta (monthly instalment). Ini adalah satu jumlah yang sangat tinggi.

Orang biasa, rakyat marhaen  dimiskinkan dengan cukai impot kereta dan cukai eksais yang tinggi.  Tuan-tuan :


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.