`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 5, 2020

Jabatan Perangkaan tolak infografik tular dakwa 2.05 juta kini menganggur

Jabatan Perangkaan berkata, pengangguran pada Mac 2020 berjumlah 610,500 orang berbanding 521,300 orang yang dicatatkan pada bulan sama pada 2019.
PUTRAJAYA: Infografik yang menyatakan bahawa 2.05 juta orang sedang menganggur di negara ini dan tular di media sosial, bukan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM).
DOSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengangguran pada bulan Mac 2020 berjumlah 610,500 orang berbanding 521,300 orang yang dicatatkan pada bulan sama tahun 2019.
Menurutnya, angka itu dilaporkan dalam Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia, Mac 2020 dan Laporan Survei Tenaga Buruh Malaysia, Suku Pertama 2020 pada 8 Mei lepas yang memaparkan statistik tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran yang diperoleh daripada Survei Tenaga Buruh (STB).
“Orang ramai seharusnya berhati-hati dan tidak menggunakan nama DOSM bagi statistik yang tidak rasmi atau kiraan sendiri,” menurut jabatan itu yang turut meminta agar penyebaran infografik itu dihentikan serta-merta.
Satu infografik kini tular di media sosial menyatakan jumlah pengangguran terus meningkat dan tertinggi dalam sejarah, iaitu seramai 2.05 juta orang dengan memetik nama Jabatan Perangkaan.
DOSM menyatakan maklumat perangkaan tenaga buruh bagi bulan April 2020 akan diterbitkan pada 15 Jun ini.
Bagi maklumat keseluruhan keluaran statistik DOSM yang akan datang pula, orang ramai boleh merujuk kepada Advance Release Calendar (ARC) di portal DOSM (www.dosm.gov.my). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.