`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 19, 2020

Kenyataan Media Bersama DAP dan AMANAH bertarikh 19 Jun 2020 - "adalah diharapkan pihak Keadilan kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020 yang telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri iaitu menerima opsyen kedua."

Pakatan Harapan - Wikipedia

The following is today's joint Media Statement by both DAP and Amanah.

Kenyataan Media Bersama DAP dan AMANAH bertarikh 19 Jun 2020

1. Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini. Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa, khususnya mengenai persoalan sama ada menerima atau tidak Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri untuk tempoh 6 bulan dalam usaha mengambil balik kerajaan yang telah dirampas melalui tindakan khianat. 

(OSTB : Just out of curiosity has that "tempoh 6 bulan" been confirmed in writing by Dr Mahathir?)  

2. Kami menghormati hak Keadilan untuk menetapkan keputusan mereka berhubung persoalan ini namun kami agak hairan dengan pendirian ini kerana pilihan ini telah pun diterima sebagai opsyen kedua dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei 2020 di Ibupejabat Keadilan.

(OSTB : Jadi Brader Anwar sendiri telah terima keputusan mesyuarat, yang dia jadi pengerusi-nya, untuk menerima Dr Mahathir sebagai calon PM. Maksudnya sekarang dia U-turn keputusan mesyuarat yang dia sendiri pengerusikan itu. Patutlah Dr Mahathir sudah fed up nak jumpa Brader Anwar.) 

3. Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa sekiranya opsyen pertama yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan yang memungkinkan pengambilalihan kuasa dilakukan, maka opsyen kedua yang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri akan pula dikemukakan.

4. Setelah berusaha sedaya upaya atau "exhausting all efforts", kita mendapati bahawa opsyen pertama hanya mampu mendapat sokongan *maksima* 96 Ahli Parlimen, iaitu 91 dari Pakatan Harapan (38 PKR, 42 DAP Dan 11 Amanah) dan 5 lagi termasuk Tun dan 4 Ahli Parlimen PPBM yang bersamanya. Usaha terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan GPS juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi.

(OSTB :  Wait a minute. So Dr Mahathir himself  "dan 5 lagi termasuk Tun dan 4 Ahli Parlimen PPBM yang bersamanya" supported Brader Anwar for PM !!  The problem was the GPS people in Sarawak and Warisan in Sabah. They did not support Brader Anwar. So dont blame Dr Mahathir lah.)

5. Kami berharap usaha untuk mendapatkan sokongan melalui opsyen kedua boleh seterusnya dilakukan sepertimana dipersetujui kerana pentadbiran kerajaan PN adalah jelas mendatangkan kerosakan kepada institusi dan kewangan negara.

6. Memandangkan ianya opsyen yang pernah dibincang dan dipersetujui untuk dipertimbangkan bersama, sekiranya opsyen satu gagal mendapat sokongan *yang mencukupi*, adalah diharapkan pihak Keadilan kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020 yang telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri iaitu menerima opsyen kedua.

YB Khalid Samad
Pengarah Komunikasi,
Parti AMANAH Negara.

YB Loke Siew Fook
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP


My comments :

Ok so there was a mesyuarat which decided on two options. 

Option 1 was that Brader Anwar would be their candidate, subject to him getting majority support of MPs of course.  Brader Anwar has failed to get the majority support.

In the event that Brader Anwar failed to deliver Option 1 then Option 2 was that Dr Mahathir would be their choice for PM.  

So DAP / Amanah are now telling Brader Anwar to stick to what has been agreed in that meeting that was chaired by Brader Anwar himself.

Meeting ada minit mesyuarat tak? 
Ada audio atau video recording tak?

Sekarang ini semua mesyuarat pun boleh bocor. 
Mesti ada bebudak buat audio atau video recording mesyuarat 30 Mei itu?

So now DAP, AMANAH, GPS, Warisan semua boleh kenali character Brader Anwar dengan lebih baik kut?  Now you know.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.