KEMUNCULAN PEMIKIRAN MELAYU YANG MENYOKONG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI
Cadangan berani dan luarbiasa ini telah dibuat oleh seorang anak muda Fauzi Abdul Kadir yang menulis blog Permadu Malaysia. Sila klik di sini.
Saya mengulang penulisan sdra Fauzi dengan sepenuhnya.
SAYA orang Melayu.
Saya penganut agama Islam.
Saya sayangkan bangsa Melayu.
Saya juga sangat mencintai agama suci yang dibawa oleh
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
Dan saya bersaksi Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.
Saya penganut agama Islam.
Saya sayangkan bangsa Melayu.
Saya juga sangat mencintai agama suci yang dibawa oleh
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
Dan saya bersaksi Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.
Atas dasar inilah saya mengemukakan cadangan yang mungkin tidak disenangi ramai orang Melayu yang beragama Islam, majoriti penduduk Malaysia.
Suka atau tidak, orang Melayu yang layak mengundi merupakan kuasa penentu pemerintahan.
Apa pun, negara ini tetap diketuai oleh ketua bukan eksekutif (yang mempunyai kuasa-kuasa tertentu), iaitu Yang di-Pertuan Agong.
Suka atau tidak, orang Melayu yang layak mengundi merupakan kuasa penentu pemerintahan.
Apa pun, negara ini tetap diketuai oleh ketua bukan eksekutif (yang mempunyai kuasa-kuasa tertentu), iaitu Yang di-Pertuan Agong.
Cadangan ini adalah satu cadangan yang serius.
Bukan kerana kecewa dan bukan juga untuk menguji pasaran (test market).
Ianya semata-mata untuk kebaikan, keterjaminan dan keselamatan bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri.
Sudah tentulah, ianya turut memberi manfaat murni kepada bangsa-bangsa lain, termasuk Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak, serta lain-lain kaum.
Secara lebih telus.
Penganut agama lain boleh menjalani ibadah agama masing-masing tanpa rasa bimbang, takut atau gundah gulana.
Penganut agama lain boleh menjalani ibadah agama masing-masing tanpa rasa bimbang, takut atau gundah gulana.
Bersesuaian dengan prinsip asas Permadu Malaysia — Berani, Bebas dan Berkecuali (tidak memihak) — saya bukan ahli mana-mana parti politik.
Saya juga bukan penyokong parti DAP yang didominasi kaum Cina.
Saya memilih dan mencadangkan seorang pemimpin veteran dari parti tersebut atas beberapa sebab.
Saya memilih dan mencadangkan seorang pemimpin veteran dari parti tersebut atas beberapa sebab.
Pertama, individu bernama Lim Kit Siang mempunyai segala kelayakan yang diperlukan. Berusia 79 tahun, beliau berpengalaman luas melebihi setengah abad dalam arena politik Malaysia.
Kedua, Kit Siang adalah seorang ahli parlimen yang sah di sisi undang-undang yang melayakkan beliau menjadi perdana menteri.
Ketiga, Perlembagaan Malaysia tidak menghalang warga negara bukan Melayu Islam memegang jawatan perdana menteri.
Keempat, Lim Kit Siang dilihat seorang pemimpin berintegriti tinggi tanpa kepentingan peribadì dan boleh diharap membawa Malaysia bebas dari rasuah.
Kelima, beliau adalah pemimpin tulen yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi, mematuhi dan menghormati Perlembagaan, Raja-Raja Melayu serta kesucian agama Islam.
Keenam, Lim Kit Siang seorang pemimpin berjiwa Malaysia yang tidak berfikiran sempit memperjuangkan untung nasib kaum Cina semata-mata; dan
Ketujuh, DAP adalah parti politik yang mempunyai paling ramai ahli parlimen selepas berlaku perpecahan dalam PKR.
Walaupun tokoh veteran ini diberi kebebasan memilih barisan kabinet, ada syarat-syarat penting yang perlu dipatuhi.
Salah satu syarat penting untuk membolehkan Lim Kit Siang menjadi perdana menteri ialah beliau tidak memilih bulu, maksudnya, Angkatan Tentera, Polis, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan sebagainya diberi kebebasan penuh tanpa sebarang pengaruh politik dalam melaksanakan tugas masing-masing dengan amanah. Mematuhi peraturan dan undang-undang.
Tidak terhad kepada ahli politik yang ada kes mahkamah berkaitan rasuah, mereka yang masih dalam siasatan juga tidak layak berada dalam kabinet. Ini termasuklah anak beliau sendiri, Lim Guan Eng yang memegang jawatan Setiausaha Agung DAP.
Satu lagi syarat ialah jawatan perdana menteri digalas Lim Kit Siang hanya untuk tempoh sehingga 2023 sahaja, iaitu sehingga PRU15.
Membubarkan parlimen sekarang hanya satu pembaziran. Ini kerana, selepas pilihanraya umum, ahli-ahli parlimen bebas melompat ke sana dan ke sini, seperti Tik Tok menteri yang meniru kata-kata Muhyiddin Yassin. Inilah yang sedang berlaku.
Sekaligus, memperbodohkan rakyat yang memberi mandat.
Sekaligus, memperbodohkan rakyat yang memberi mandat.
Bolehkah pemimpin bukan Melayu menjaga kepentingan Melayu dan Islam? Jawapannya boleh, selagi kita ada Yang di-Pertuan Agong.
Mengapa tidak pilih pemimpin Melayu?
Jawapannya, bukan tidak mahu pilih pemimpin Melayu, tetapi hampir semua pemimpin Melayu sekarang sudah terjebak dalam politiking paling tidak menguntungkan rakyat.
Mereka semua hilang kelayakan.
Nak harapkan Dr Mahathir? Anwar Ibrahim? Najib Razak? Zahid Hamidi? Hadi Awang? Mat Sabu? Nik Abduh?
Muhyiddin yang sedang tersepit?
Jawapannya, bukan tidak mahu pilih pemimpin Melayu, tetapi hampir semua pemimpin Melayu sekarang sudah terjebak dalam politiking paling tidak menguntungkan rakyat.
Mereka semua hilang kelayakan.
Nak harapkan Dr Mahathir? Anwar Ibrahim? Najib Razak? Zahid Hamidi? Hadi Awang? Mat Sabu? Nik Abduh?
Muhyiddin yang sedang tersepit?
Cadangan Lim Kit Siang sebagai perdana menteri bukan kerana beliau bukan Melayu. Tetapi kerana beliau antara sisa-sisa pemimpin yang tinggal untuk diberi harapan.
Setelah melakukan beberapa analisis, DAP sebenarnya bukanlah musuh Melayu atau musuh Islam.
Ia hanya satu propaganda yang sangat tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya, DAP adalah musuh kepada pemimpin-pemimpin yang bertopengkan Melayu, Islam dan ketuanan Melayu.
Kepada 222 ahli parlimen, ini adalah peluang terakhir anda untuk menyelamatkan Melayu, Islam dan Malaysia.
Berilah sokongan anda kepada Lim Kit Siang.
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
My comments : Saya melihat pemikiran baru seperti ini sebagai satu ‘wake up call’ bagi politik, pemimpin dan pemikir Melayu. Orang Melayu sendiri sudah fed up dengan apa yang mereka melihat dalam negara kita.
Pada pendapat saya pemikiran seperti yang diluahkan oleh sdra Fauzi Abdul Kadir sudah mula menular di kalangan orang Melayu. Saya rasa it will become a growing phenomenon.
-http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/
Podah lah perasan lebih. Malays r rightist to the core.
ReplyDeleteBolih masuk bakul sampah tulisan Mamak DKK ni.perasan Melayu Tapi Hari koliang totok.Dengar bolih,percaya Jangan sekali.
ReplyDeleteNak muntah pun ada. Adui... ostb ur out of ur depth. Stick to things u understand.
ReplyDelete