`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 18, 2020

ROSMAH’S ALLEGED ‘POOJAs’ ARE WORKING – THE DOOR OPENS WIDE FOR NAJIB TO BE PM AGAIN: PELUANG SEDANG TERBUKA LUAS UNTUK NAJIB KEMBALI JADI PM SEMULA?

Banyak pihak, seperti juga Najib Razak, sebenarnya sangat setuju bahawa jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut dan ketidaktentuan dalam politik negara sekarang ini adalah dengan mengadakan pilihanraya semula.
Hanya melalui pilihanraya segera saja dapat menyelesaikan kekalutan politik dalam negara yang merimaskan ketika ini.
Jika ada pilihanraya dan pemenang sebenar diketahui selepas itu, pasti tidak timbul lagi soal siapa yang memiliki sokongan majoriti yang hakiki untuk menjadi kerajaan.
Tetapi, untuk mengadakan pilihanraya semula ia tentu saja bergantung kepada keputusan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang berhak menasihati Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Kalau Muhyiddin pun rimas dengan ketidaktentuan ini dan beliau lebih memikirkan kestabilan jangka panjang, tidak mustahil beliau akan memilih untuk mengadakan pilihanraya semula dalam waktu terdekat ini.
Namun, jika Muhyiddin mahu berbuat demikian, beliau mestilah dalam keyakinan bahawa partinya akan menang pilihanraya dan dirinya terus kekal sebagai Perdana Menteri lagi.
Tidak ada mana-mana Perdana Menteri sedia membubarkan Parlimen dalam keadaan yang diketahui partinya akan kalah dan seterusnya akan hilang juga jawatan ketua kerajaan.
Melihat kedudukan Bersatu pro Muhyiddin yang masih tidak ketentuan dalam PN, gabungan itu pula belum lagi didaftarkan, pembahagian kerusi tidak pernah dibincangkan dan UMNO lebih cenderung mahu mengenepikan Bersatu serta enggan berkongsi kerusi, mengharapkan Perdana Menteri membubarkan Parlimen ternampak seperti mustahil.
Lebih baik Muhyiddin bertahan saja dalam keadaan sekarang, setidak-tidaknya dapat juga beliau kekal setahun dua lagi di kerusi Perdana Menteri yang sedang didudukinya.
Kemungkinan kedua pilihanraya boleh diadakan ialah apabila PH Plus dapat memperolehi sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui SD (Akuan Bersumpah) dan kemudian mempersembahkannya kepada Yang Dipertuan Agong atau jika Muhyiddin dijatuhkan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.
Kebiasaannya, dalam keadaan seperti itu dan untuk menjaga air muka akibat hilang jawatan, Perdana Menteri akan memohon agar Parlimen dibubarkan.
Apabila Parlimen dibubarkan, maka semua parti akan bersaing semula untuk memperolehi mandat rakyat bagi menubuhkan kerajaan.
Begitu pun, menunggu Parlimen dibubarkan dengan cara ini agak lambat dan tiada kepastian bila ia akan menjadi kenyataan.
Bukan saja tidak dipastikan bila PH Plus dapat mengumpul SD yang diperlukan bagi tujuan menjatuhkan kerajaan itu, malah bila usul akan dibenar dibentangkan juga bergantung kepada kebenaran Perdana Menteri.
Pokoknya, ia lambat dan tiada kepastian.
Satu-satunya cara jika Najib benar-benar ingin pilihanraya semula diadakan dalam tempoh terdekat ini ialah dengan UMNO yang mempunyai 39 Ahli Parlimen dalam kerajaan PN segera menarik sokongannya terhadap Muhyiddin atau keluar daripada gabungan tersebut
Terlanjur UMNO pun ingin mengenepikan Bersatu, hanya ingin bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional, tidak mahu lagi berperdana-menterikan Muhyiddon selepas PRU15, ditambah kemungkinan Najib sendiri juga ingin kembali sebagai Perdana Menteri semula, sebenarnya inilah masa yang paling sesuai mencapai tujuan tersebut.
Sebelum kes mahkamah pemimpin-pemimpin UMNO dijatuhkan, sebelum PN didaftarkan, sebelum sentimen Melayu/Islam menurun dan sebelum Muhyiddin pulih daripada himpitan tekanan pelbagai sudut, peluang sedang terbuka luas untuk UMNO kembali berkuasa dan Najib dalam potensi sangat cerah kembali sebagai Perdana Menteri semula.
Najib tidak harus bergantung kepada faktor luaran jika benar inginkan pilihanraya semula, sebaliknya UMNO sendiri yang mesti mengambil langkah pantas menarik sokongannya terhadap Muhyiddin dan PN.
Pilihlah Najib – mahu jadi Perdana Menteri semula atau mungkin ke penjara?
-https://shahbudindotcom.net/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.