`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 11, 2020

Sultan Johor ‘Terganggu’ Dengan Penipuan Anwar

(Suara TV) – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dikatakan ‘terganggu’ dengan kenyataan palsu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononya telah mendapat perkenan Baginda untuk membentuk kerajaan.
Menurut bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin ekoran pendedahan yang dilakukan sebelum ini Istana Johor dikatakan tidak senang dengan tindakan tersebut.
“Tulisan saya dilaporkan sampai ke Istana dan Sultan (Johor) agak “terganggu” dengan penipuan Anwar.
“Malah Anwar memetik nama Azam Baki (SPRM) konon (telah) bertemu dia beberapa kali. Saya dihubungi sumber dalam pejabat Azam Baki, ternyata ia tipu kerana memang Anwar ajak bertemu tetapi pertemuan belum lagi berlaku dan oleh kerana Anwar lebih awal menipu guna nama Azam Baki maka ramai pegawai kerajaan lebih berhati-hati dengan Anwar,” ujar Badrul melalui laman Facebooknya semalam.
Badrul mendedahkan perkara tersebut selepas mengadakan perjumpaan tertutup bersama Anwar pada Rabu lalu.“Dia bersungguh sungguh yakinkan bahawa Sultan Johor hubungi dia minta terus usaha ambil alih kerajaan, katanya syarat Sultan Johor kerajaan baru itu wajib tanpa Mahathir.
“Dia juga menyebut beberapa raja – raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal, Pemangku Sultan Pahang yang katanya ketika dia menerangkan situasi semasa Tuanku terkejut dan sangat menyokong dia sebagai PM selepas difahamkan,” ujar Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard.
Selain saksi, Chegubard turut mendakwa mempunyai rakaman perbualan bagi menyokong pendedahan tersebut.
SuaraTV masih berusaha untuk menghubungi Anwar bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini.
Sehingga kini Anwar masih mengambil pendekatan ‘berdiam diri’ atas pendedahan yang dilakukan oleh Chegubard itu.
Sultan Ibrahim sebelum ini memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri itu terus berlaku.
Baginda menzahirkan rasa kecewa itu ekoran kemelut politik yang masih berlaku di Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.