`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 13, 2020

Tiada dosa tinggalkan solat Jumaat kerana tak terima ‘kad jemputan’, kata mufti Selangor

Jais menetapkan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat di 39 masjid terpilih di Selangor perlu membuat permohonan dalam talian menerusi Google Form atau mengisi borang disediakan pihak masjid, dan sekiranya memenuhi SOP, mereka akan diberikan ‘kad jemputan’.
SHAH ALAM: Tidak menjadi dosa ke atas mereka yang tidak menerima “kad jemputan” untuk menunaikan solat Jumaat di 39 masjid terpilih di negeri ini jika tidak menunaikan solat berkenaan, jelas Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Katanya, mereka yang tidak terpilih menjadi 40 jemaah ini disebabkan langkah pencegahan bagi membendung Covid-19 boleh menggantikan solat itu dengan solat zuhur.
“Sebagai umat Islam, kita perlu akur dengan ketetapan ini walaupun berat untuk diterima. Namun, ulil amri (pemerintah) bertanggungjawab melaksanakan langkah pencegahan terbaik demi menjaga kemaslahatan umum,” katanya dalam kenyataan semalam.
Tamyes berkata, ketetapan itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini Covid-19 yang belum ada penawarnya, maka langkah pencegahan untuk menjaga keselamatan dan nyawa tetap diteruskan berlandaskan prinsip maqasid syariah.
Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu 5 waktu dilakukan dengan 40 jemaah, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, di 39 masjid terpilih di negeri itu bermula semalam.
Bagaimanapun, pelaksanaan solat Jumaat harus mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.
Garis panduan Jais menetapkan mana-mana umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat perlu membuat permohonan secara dalam talian menerusi Google Form atau mengisi borang disediakan pihak masjid, dan sekiranya memenuhi SOP, mereka akan diberikan “kad jemputan”.
Bagi jemaah yang tidak menerima jemputan, mereka perlu menunggu solat Jumaat pada minggu berikutnya dan dilarang hadir ke masjid, sebaliknya menunaikan solat zuhur di rumah masing-masing. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.