`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 5, 2021

Dewan Rakyat ‘kuarantin’ 2 minggu, Ahli Parlimen pembawa virus bebas ke sana sini, kata Najib

 

Pada 1 Ogos, Kementerian Kesihatan mencadangkan semua sesi mesyuarat di Parlimen, termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen, ditangguhkan selama dua minggu bermula 29 Julai lalu bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengosongkan Dewan Rakyat selama dua minggu dengan alasan mengelak penularan jangkitan Covid-19 tetapi pada masa sama Ahli Parlimen yang terdedah bebas bergerak ke mana-mana.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, tindakan pentadbiran Muhyiddin Yassin yang tidak berpandukan pada data dan sains itu langsung tidak masuk akal.

“Adakah Dewan kosong yang menjangkit atau pun manusia terdedah kepada risiko Covid yang menjangkit?

“Jadi, kenapa pula kerajaan kuarantinkan Dewan Rakyat yang kosong untuk dua minggu tetapi Ahli Parlimen yang terdedah dibenar ke sini dan ke sana termasuk menghadap Tuanku (Yang di-Pertuan Agong), masuk ofis dan berkali-kali ‘meeting’ (mesyuarat) malam di rumah pula?” soalnya.

Beliau berkata, keputusan “pelik” kerajaan PN itu antara penyumbang kes Covid-19 yang semakin parah dan menjadi antara paling parah dalam dunia dari segi saiz penduduk.

Najib berpendapat, jika Ahli Parlimen bebas ke mana-mana, maka bangunan Parlimen sudah selamat untuk dibuka.

“Sekiranya Ahli Parlimen yang terdedah sudah lama bebas ke mana-mana, maka adalah selamat untuk membuka semula Parlimen sekarang juga sebab dewan kosong tidak menjangkiti sesiapa.

“Covid-19 boleh membiak seperti lipas dalam dewan kosong ke? Langsung tak masuk akal,” tegasnya.

Pada 1 Ogos, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat di Parlimen, termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen, ditangguhkan selama dua minggu bermula 29 Julai lalu bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil penilaian risiko yang dilakukan selepas mengambil kira faktor epidemiologi serta persekitaran, mendapati sidang Parlimen adalah perhimpunan berisiko tinggi untuk menyebarkan wabak itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.