`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 5, 2021

P Pinang cadang sidang DUN 30 Ogos

 

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata berkata sekiranya persidangan DUN itu dibenarkan, ia akan dilangsungkan secara fizikal dan tidak melalui platform maya.

GEORGE TOWN: Pulau Pinang bercadang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Ogos ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang mendapatkan kebenaran untuk mengadakan persidangan itu dan pada masa sama akan sentiasa memantau situasi Covid-19 di negeri itu serta mengambil langkah perlu sebelum membuat sebarang keputusan seterusnya.

Beliau berkata sekiranya persidangan DUN itu dibenarkan, ia akan dilangsungkan secara fizikal dan tidak melalui platform maya.

“Peraturan mesyuarat hanya membenarkan Persidangan Dewan Undangan Negeri diadakan secara fizikal, oleh itu kita perlu membuat persediaan yang diperlukan untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata kerajaan negeri sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu persidangan DUN bagi mengekang penularan wabak Covid-19. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.