`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 20, 2021

Jangan berhimpun esok, kami ada perintah mahkamah, polis beri amaran

 

Polis berkata, perintah mahkamah melarang sebarang perarakan dari Kompleks Sogo ke Masjid Jamek serta berhimpun di Dataran Merdeka.

PETALING JAYA: Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun atau menganjurkan sebarang perhimpunan di Kuala Lumpur esok kerana mereka mempunyai perintah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Ini menyusul walaupun selepas perhimpunan #Lawan anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang dijadualkan berlangsung esok dibatalkan, susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim dalam kenyataan berkata, perintah mahkamah melarang sebarang perarakan dari Kompleks Sogo dan Masjid Jamek (termasuk kawasan sekitar dalam jarak 1km) serta perhimpunan di Dataran Merdeka.

“Polis menerima maklumat berhubung pihak tertentu yang sering mengambil kesempatan mengadakan perhimpunan, yang ketika ini jelas melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara, walaupun mereka mendakwa permohonan sudah dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.”

Sebelum ini, SSR mengumumkan perhimpunan akan diadakan 21 Ogos ini. Ia bagaimanapun dibatalkan selepas Muhyiddin meletak jawatan Isnin lalu.

SSR sebelum ini menganjurkan beberapa perhimpunan, termasuk bantahan #Lawan di Kuala Lumpur pada 31 Julau lalu yang menuntut Muhyiddin berundur, Parlimen bersidang semula dan moratorium pinjaman automatik untuk semua peminjam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.