`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 4, 2021

‘Pandemik politik’ hanya di Putrajaya, Kedah tak terjejas, kata Sanusi

 

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan situasi di pusat sekarang tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Krisis politik ketika ini adalah “pandemik” yang terhad kepada Putrajaya dan tidak memberi kesan kepada pentadbiran Perikatan Nasional (PN) Kedah, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, ADUN Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu masih kekal bersama PN.

“Saya pun telah menghadap Tuanku Sultan Kedah secara dalam talian menjelaskan situasi di pusat sekarang tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri.

“‘Pandemik’ yang berlaku itu hanya di Putrajaya sahaja, hubungan PN di Kedah masih kekal,” katanya menurut laporan Harakahdaily.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendakwa masih mempunyai majoriti sokongan di Dewan Rakyat, walaupun sebilangan Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau dan kerajaan PN pimpinannya.

Umno adalah blok penyokong terbesar Muhyiddin sebelum ini. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Muhyiddin tidak lagi mempunyai majoriti di Parlimen dan harus berundur.

Muhyiddin berkata, beliau akan membuktikan keabsahan sebagai Perdana Menteri menerusi usul undi percaya di Parlimen bulan depan.

Bagaimanapun, pembangkang mahukan beliau mengadakan sidang Parlimen segera dan tidak menunggu hingga bulan depan untuk membuktikan sokongannya dalam kalangan Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Sanusi berkata, sidang DUN Kedah akan berlangsung pada 20 hingga 23 September seperti dijadualkan.

“Sekiranya waktu itu keadaan Covid masih kritikal seperti sekarang, kemungkinan SOP lebih ketat akan diadakan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan ketika itu kes positif Covid-19 menurun dan Kedah berkemungkinan masuk ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam perkembangan lain, Sanusi mengingatkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy supaya jangan masuk campur urusan Kedah.

“Saya tidak kacau Pulau Pinang, Pulau Pinang juga jangan kacau Kedah,” katanya.

Semalam, Ramasamy mempersoalkan dan mengesyorkan Kedah memberi tumpuan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat daripada memberi tumpuan kepada projek mega termasuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.