`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 4, 2021

Taska Permata Keluarga diarah tutup, 5 kakitangan positif Covid-19

 

Taska itu ditutup sementara susulan empat tenaga pengajar dan seorang penyedia makanan dijangkiti Covid-19.

PETALING JAYA: Lima kakitangan di Taska Permata Keluarga di Jalan Sultan Omar, Terengganu disahkan positif Covid-19, seterusnya premis itu diarahkan tutup selama 14 hari berkuat kuasa hari ini hingga 18 Ogos.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Wan Mohd Zaki Wan Abdullah berkata, penutupan sementara itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja nyahkuman.

Katanya, sepanjang tempoh penutupan itu, semua kakitangan diarah bekerja dari rumah.

Ujarnya, arahan penutupan itu adalah mengikut Subseksyen 18 (1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Daripada jumlah itu, empat merupakan tenaga pengajar manakala seorang lagi penyedia makanan.

“Sehubungan itu, seramai 17 guru di samping 34 kanak-kanak di taska berkenaan diminta menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.