`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 21, 2021

Polis rakam keterangan Nadir dalam masa terdekat

 

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengesahkan dirinya sudah dihubungi polis.

PETALING JAYA: Ketua sebuah badan bukan kerajaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman sudah dihubungi polis untuk merekodkan keterangannya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata, pihaknya dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) itu bersedia memberi kerjasama sewajarnya.

“Bagaimanapun, penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice setakat ini belum menjawab mesej yang dihantar kepadanya,” katanya dipetik Harian Metro.

Sementara itu, Nadir mengesahkan dirinya sudah dihubungi polis petang tadi.

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

“Saya baru terima mesej daripada polis tadi dan sudah memberi maklum balas serta sedia memberi kerjasama,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nadir akan melantik peguam bagi berurusan dengan polis untuk membantu siasatan susulan laporan dibuat pendakwah Ebit Lew.

Polis semalam dilaporkan memohon bantuan Interpol untuk mengesan Nadir dan Caprice, selepas pihaknya gagal mendapatkan maklum balas daripada kedua-dua individu itu.

Pada 22 Julai lalu, Lew hadir di IPD Wangsa Maju bagi memberi keterangan mengenai laporan dibuatnya yang disiasat mengikut Seksyen 500/504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.