`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 7, 2021

Ratusan katak, labi-labi antara haiwan eksotik ‘diselamatkan’

 

Hasil pemeriksaan PGA menemui beberapa kotak pelbagai saiz berisi 206 katak, 50 labi-labi, 24 anak ular, tiga burung kakak tua dan seekor iguana, kata Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Supt Nor Azizan Yusof. (Gambar PGA)

PETALING JAYA: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai haiwan eksotik bernilai RM67,600 di pangkalan haram Bilah Dollah dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Difahamkan, kesemua haiwan yang diseludup masuk itu adalah untuk pasaran tempatan susulan permintaan tinggi khususnya dalam kalangan peminat dan pemelihara haiwan eksotik.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Nor Azizan Yusof dipetik Bernama berkata rampasan dilakukan selepas sepasukan pegawai dan anggota pasukan itu terserempak sekumpulan lelaki di tebing Sungai Golok berdekatan pangkalan haram berkenaan.

Beliau berkata ketika itu kumpulan lelaki terbabit dilihat sedang memunggah kotak-kotak berwarna coklat dalam keadaan mencurigakan dari perahu ke tebing sungai pada kira-kira 7 malam.

“Menyedari kehadiran PGA, kumpulan lelaki itu melarikan diri menggunakan perahu ke negara jiran dan meninggalkan kotak-kotak di tebing sungai itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Azizan berkata hasil pemeriksaan di sekitar tebing sungai itu menemui beberapa kotak pelbagai saiz berisi 206 katak, 50 labi-labi, 24 anak ular, tiga burung kakak tua dan seekor iguana.

Beliau berkata kesemua haiwan eksotik itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana memburu atau menyimpan hidupan liar tanpa kebenaran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.