`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 30, 2022

4 individu dipanggil bantu siasatan kes pukul lelaki berpakaian seragam

 

Prasarana semalam dilaporkan akan menjalankan siasatan serta-merta terhadap video tular membabitkan kakitangannya yang memukul orang awam, di sebuah kedai serbaneka seperti tular di media sosial.

PETALING JAYA: Seramai empat saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan susulan satu video tular memaparkan lelaki berpakaian seragam anggota keselamatan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan susulan kejadian itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya, selain empat orang saksi yang sudah dirakam percakapan, pihak polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

“Video berdurasi 41 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, madamluniey dengan menunjukkan seorang individu dikasari oleh individu lain di hadapan kedai serbaneka di Jalan Bukit Bintang.

“Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sudah menjalankan usah mengesan individu yang terbabit sebaik sahaja klip video itu tular sejak 25 Mac lalu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Muhammad Hazim Hussain di talian, 019-7749678 atau IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Malam tadi, Prasarana dilaporkan akan menjalankan siasatan serta-merta terhadap video tular membabitkan kakitangannya yang memukul orang awam, di sebuah kedai serbaneka seperti tular di media sosial.

“Kami memandang serius dakwaan bahawa si pemukul adalah kakitangan Prasarana berdasarkan pakaian seragam yang dipakai di dalam video berkenaan.

“Dipercayai kejadian berlaku apabila mangsa ditangkap dan dituduh mengambil makanan tanpa membayar di kedai serbaneka itu,” kata Prasarana dalam kenyataan, semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.