`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 24, 2023

Lelaki berang mat rempit buat bising 1 Syawal

 

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki memegang dua batang kayu untuk menghalau sekumpulan mat rempit di KM157 Jalan Kuala Terengganu -Kuantan, dekat Geliga.

PETALING JAYA: Berang dengan sekumpulan mat rempit membuat bising, seorang lelaki bertindak ke jalan raya untuk menghalau mereka di Kemaman, Terengganu pada 1 Syawal.

Dalam kejadian 6.45 petang Sabtu lalu, sebahagian mat rempit yang rata-ratanya berbaju Melayu segera memecut motosikal mereka selepas melihat warga tempatan itu memegang dua batang kayu.

Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat KM157 Jalan Kuala Terengganu -Kuantan, dekat Geliga.

“Kertas siasatan dibuka berikutan penularan klip video 26 saat di media sosial sejak petang semalam.

“Kita juga sedang mengesan semua pihak terlibat dalam kejadian itu bagi siasatan lanjut,” katanya menurut Kosmo.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri, jika berlaku perkara tidak diingini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.