`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 31, 2023

Lompatan ‘hari jadi’ Sarjan Saidatul gegar sambutan Hari Kebangsaan

 

Aksi Sarjan Saidatul Husna Kamarudin menunggang motosikal merentasi 66 motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 pagi tadi.

PETALING JAYA: Sarjan Saidatul Husna Kamarudin meraikan ulang tahun kelahiran ke-35 hari ini dengan mencatat rekod peribadi lompatan paling jauh merentasi 66 motosikal Royal Enfield sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pagi tadi.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berpuas hati dan berbangga dengan lompatan pertama kali di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Aura lompatan hari ini cukup hebat dan lain dari lompatan-lompatan saya sebelum ini. Buat lompatan merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan (Yang di-Pertuan) Agong dan Permaisuri serta disaksikan lautan manusia di kiri dan kanan landasan cukup mendebarkan.

“Seperti kebiasaan, sebelum buat lompatan, saya kosongkan fikiran dan banyakkan berdoa, berharap semuanya dilancarkan. Keluarga yang hadir menyaksikan saya di sini turut menyumbang selesaikan amanah besar ini,” katanya menurut Bernama.

Anak kelahiran Kedah yang menyertai pasukan akrobatik motosikal Tentera Darat Army Red Warrior sejak 13 tahun lalu itu berkata, masalah teknikal dihadapi Scrambler Kawasaki 250cc kendaliannya pada sesi raptai penuh Selasa lalu sedikit mencemaskannya.

Tetapi, pemeriksaan lanjut pasukan mekanik membolehkannya membuat lompatan paling jauh dalam rekod peribadinya dan pasukan Army Red Warrior itu disempurnakan hari ini.

“Alhamdulillah, berkat kerjasama rakan sepasukan umpama satu keluarga ini, semuanya berjalan lancar. Kami saling menyokong satu sama lain untuk jayakan setiap misi, lebih-lebih lagi misi besar untuk negara hari ini.”

Beliau pernah mencipta rekod lompatan motosikal terpanjang (wanita) dalam Malaysia Books of Record pada persembahan TATU Tentera Darat sempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Negeri Sembilan Mac lalu.

Lompatan ekstrem bermotosikal oleh Saidatul itu antara persembahan menarik Army Red Warrior sempena Hari Kebangsaan 2023, selain aksi akrobatik motosikal carrier, di mana penunggang membawa motosikal menaiki tangga setinggi lapan kaki, formasi bunga raflesia, tugu negara dan merak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.