`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 30, 2023

Seorang ditahan, 4 diburu dalam kes pukul selepas kemalangan

Polis berkata, lelaki berusia 43 tahun itu dipukul lima lelaki tempatan selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan di Persiaran Anggerik Mokara, Kota Kemuning kelmarin.

PETALING JAYA: Polis masih memburu empat individu disyaki memukul seorang lelaki selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Anggerik Mokara, Kota Kemuning kelmarin.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata dalam kejadian pagi Isnin itu, lelaki berusia 43 tahun itu dipukul lima lelaki tempatan selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati punca utama kejadian itu kerana suspek tidak berpuas hati mangsa cuba melarikan diri selepas melanggar keretanya di Persiaran Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang.

Ads by Kiosked

“Susulan makluman orang awam yang melihat kejadian mangsa dipukul suspek di tepi jalan, polis menangkap seorang lelaki berusia 27 tahun dan merampas parang dalam Perodua Axia dinaikinya.

“Bagaimanapun, empat lagi rakan suspek melarikan diri ketika polis tiba di lokasi,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa yang cedera di mata kiri, pipi, leher, dada dan telinga dibawa ke pusat perubatan swasta di Subang Jaya dengan ambulans.

Katanya, mangsa dimasukkan ke wad bagi rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil.

Iqbal berkata, suspek direman empat hari sehingga 1 Sept ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147/279 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 03-55202222.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.