`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 1, 2023

Lelaki maut kena 8 das tembakan di Sibu

 

Dalam serangan hendap itu, seorang rakan mangsa parah di muka, manakala seorang lagi terselamat.

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas ditembak dengan lapan das tembakan di sebuah kebun di Batu 9, Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian serangan hendap kira-kira 1.20 pagi itu, seorang rakan mangsa cedera parah di muka, manakala seorang terselamat kerana berjaya meloloskan diri masuk ke kawasan belukar berhampiran.

Ketua Polis Sibu Zulkipli Suhaili berkata kejadian berlaku selepas mangsa dan dua rakannya beredar selepas makan malam di kebun berkenaan di mana mereka secara ditembak dua suspek datang dari arah bukit berhampiran.

“Seorang daripada mereka melarikan diri ke arah belukar di lereng bukit berkenaan untuk menyelamatkan diri dan selepas setengah jam kemudian, lelaki itu keluar dari kawasan belukar terbabit menemukan mangsa maut,” katanya.

Mengulas sama ada motif kejadian berkait gengsterisme, Zulkipli berkata, ia masih dalam siasatan, namun mendedahkan mangsa terbunuh ada tiga rekod jenayah lampau.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.