![Free Malaysia Today](https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F07%2F26f01699-ramli-mohd-nor-bernama-pic-22724.webp&w=3840&q=75)
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor, berkata mengikut kerangka di seluruh negara, seramai 219,000 Orang Asli mahu pindaan Perlembagaan melibatkan isu itu agar ia dapat diselesaikan.
Beliau berkata, kebanyakan Orang Asli menetap secara bertaburan di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu.
katanya pada Perhimpunan Perdana Batin serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) peringkat Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan/Terengganu 2024 di Kuala Betis, di sini.Oleh itu, boleh dikatakan pada dasarnya saya melihat 90% bersetuju dan ini jumlah yang tinggi,
Ramli berkata, selain dijalankan di Gua Musang, Kelantan, sesi libat urus itu turut diadakan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang Barat, Perak, Johor, Kedah dan akan datang di Pahang.
“Perkara ini memerlukan garis panduan jelas kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat Orang Asli.
“Jika dilihat senarai tugas kerajaan negeri, isu tanah ini terletak di bawah kerajaan negeri. Oleh itu, usaha ini memudahkan tuntutan masyarakat Orang Asli sebab ia melibatkan tanah adat mereka.
Selepas selesai semua sesi libat urus, perkara ini akan dibawa kepada Majlis Peguam, kemudian kepada Kabinet yang akan menyerahkan kepada peguam negara untuk pandangan, seterusnya kepada Majlis Raja-raja.
Katanya, sesi penerangan mengenai Perlembagaan ini dapat meningkatkan pemahaman, selain komitmen serta kesanggupan Batin dan JPKKOA membantu kerajaan membangunkan kawasan luar bandar serta membimbing masyarakat Orang Asli dalam meningkatkan taraf hidup mereka. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.