Akta 872 bagaimanapun hanya akan berkuat kuasa melalui tarikh yang akan diluluskan oleh menteri yang diberi kuasa, menurut Kesuma.

Dalam kenyataan hari ini, Kesuma memaklumkan Akta 872 hanya akan berkuat kuasa melalui tarikh yang akan diluluskan oleh menteri yang diberi kuasa dan dinyatakan dengan jelas melalui satu warta yang dimuktamadkan.
“Sehubungan dengan itu, semua peruntukan di bawah akta ini belum boleh dikuatkuasakan sehingga tarikh kuat kuasa diumumkan secara rasmi.
“Sebarang pengumuman lanjut berkaitan tarikh kuat kuasa akta ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Kesuma,” menurut kementerian.
Pewartaan Akta 872 merupakan satu langkah penting dalam usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh kerangka perundangan buruh negara, khususnya dalam mengawal selia ekosistem pekerjaan gig yang semakin berkembang serta menyediakan asas perlindungan yang lebih menyeluruh dan sistematik kepada pekerja gig di Malaysia.
Menurut Kesuma, pewartaan itu juga akan meneruskan persediaan pelaksanaan termasuk pembangunan peraturan subsidiari, penyelarasan mekanisme tadbir urus serta sesi libat urus bersama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan Akta 872 berjalan dengan teratur, berkesan dan selaras dengan realiti serta keperluan ekosistem pekerjaan gig.
Dewan Negara pada 9 Sept lepas meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025, melakar sejarah baharu dalam melindungi lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia dan meletakkan noktah kepada era tiada perlindungan undang-undang terhadap golongan itu. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.