`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 






Thursday, June 18, 2026

Dr Sam pecat Radzi, Azmin berdasarkan perlembagaan, kata pemimpin PAS

 Bendahari Agung Iskandar Samad sangkal dakwaan PAS 'kuku besi' susulan pemberhentian khidmat dua pemimpin Bersatu.

Pemimpin PAS mempertahankan tindakan pengerusi PN memberhentikan khidmat pemimpin Bersatu, Radzi Jidin dan Azmin Ali.
PETALING JAYA:
Tindakan menghentikan khidmat pemimpin Bersatu, Radzi Jidin dan Azmin Ali, dibuat berdasarkan perlembagaan Perikatan Nasional, menurut seorang pemimpin PAS menjawab dakwaan ‘kuku besi’.

Bendahari Agung Iskandar Samad berkata tindakan oleh Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar itu berdasarkan Fasal 8.3 (v), (vi), (vii).

“Kuku besi jika tidak ikut perlembagaan atau bertindak sesuka hati,” katanya kepada FMT, mengulas dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurutnya, pengerusi terdahulu iaitu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin turut menggunakan fasal kuasa jawatan itu dalam membuat pelantikan.

“Jadi kenapa perlu pertikaikan Samsuri?” katanya.

Semalam, Samsuri mengumumkan khidmat Radzi sebagai ketua pengarah pilihan raya PN dan Azmin sebagai timbalan setiausaha agung gabungan itu dihentikan serta-merta, dalam penstruksturan semula pentadbiran PN bagi menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Radzi adalah pemangku timbalan presiden Bersatu, manakala Azmin setiausaha agung.

Radzi digantikan dengan Sanusi Nor yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS, manakala Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia Subramaniam Surunaryan dilantik untuk mengisi kekosongan bendahari.

Tun Faisal mendakwa langkah Samsuri itu sebahagian ‘permainan politik kotor’ PAS bertujuan melemahkan kedudukan Bersatu dalam struktur kepimpinan PN.

Menurutnya, pengguguran Radzi dan Azmin mengubah keseimbangan undi dalam majlis tertinggi (MT) PN jika berlaku pengundian.

Tun Faisal mendakwa susunan baharu memberi kelebihan kepada PAS untuk memperoleh sokongan majoriti dengan bantuan Gerakan.

Iskandar bagaimanapun berkata menolak dakwaan PAS kini menguasai MT PN, kerana parti itu bukan majoriti dalam majlis tersebut.

“Tun Faisal sendiri hanya menyebut kemungkinan itu berlaku sekiranya PAS mendapat sokongan Gerakan. ‘Jika’ belum tentu pasti. Kenapa perlu bimbang,” katanya.

Iskandar turut mempersoalkan tindakan melabel PAS sebagai ‘kuku besi’, serta penggunaan istilah ‘Kluster Publika’.

“Adakah kerana mahu mengisytiharkan perang dengan PAS dan hendak memecah-belahkan PAS,” katanya.

Pemberhentian ini berlatarkan kemelut antara Bersatu dan PAS, yang baru-baru ini menghentikan kerjasama antara kedua-dua parti. Samsuri adalah naib presiden PAS.

Susulan kenyataan Muhyiddin kelmarin bahawa partinya sedia berdepan PAS, Naib Presiden Amar Abdullah berkata Bersatu perlu keluar daripada PN terlebih dahulu jika mahu ‘lawan’ partinya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.