`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 26, 2012

Cerita Tun Azazil jadi Iblis, penghulu malaikat


UNDER PRESSURE Dr M flip flops: Denies, then repeats "We are the Devil"Dr Mahathir kata puak pembangkang memutar belitkan perumpamaan yang dia sebut. Better the devil(UMNO/BN) you know that the angel(PR) you don’t . Kita sudah amat maklum sarcasm Tun Mahathir.He is the master equal to none.It was vintage Mahathir semasa rumah terbuka nya beberapa hari yang lalu.

Kita tidak berhajat untuk menghuraikan putarbelit yang Dr Mahathir sendiri maksudkan. Kalau semasa di teruramah oleh CNN pun , Mahathir dengan poker face menafikan apa yang dia sendiri lakukan, bagaimana kita hendak letak nilai tinggi atas apa sahaja yang diucapkan oleh Mahathir? Seperti kawan saya saya kata Mahathir has to tell a thousand lies to cover his first lie.

Oleh kerana citarasa bulan ini atau flavor of the month ialah perumpamaan, maka kita katakan pada Mahathir dan UMNO- as you make your bed, so you must now lie on it.

Kepada pembaca yang menanya kepada saya secara condescending sama ada saya tahu Mahathir menggunakan idiom atau perumpamaan, saya harap dia pun faham perumpamaan yang saya nyatakan disini.

Memanglah UMNO ini dahulu parti malaikat yang menduduki syurga. Kita telah pun memperakui peranan orang UMNO dalam mendapatkan kemerdekaan negara ini. Tapi janganlah lupa kepada perjuangan kumpulan lain juga. 

Parti malaikat ini telah menguasai syurga sejak tahun 1955. Sejak 1981, setelah bertahun tahun lama nya menguasai syurga yang dinamakan Malaysia, penghulu malaikat merasa sombong dan bongkak dan maksum. Dari semenjak itulah, penghulu malaikat yang mendiami syurga, yang doa nya selalu berjaya menjadi sombong dan bongkak yang terlalu amat. Nama penghulu malaikat tersebut, yang terkenal dengan sifat2 mulia nya itu, ialah Azazil.

My name is Azazil- Tun Azazil.

Oleh kerana dia boss pada malaikat UMNO, dan apa yang dibuat nya semua nya berjaya dia jadi sombong, takbur serta berbangga diri. Oleh kerana berjaya selalu dan parti malaikat nya berjaya semenjak 1946, Azazil pandang rendah pada orang lain.  Dia kata orang simpan janggut zaman Nabi sebab tidak ada pisau cukur. 

Oleh kerana Tun Azazil, malaikat yang dikenali oleh sekalian penghuni syurga Malaysia kerana doanya mudah dimakbulkan oleh Allah, para malaikat selalu lah pula meminta minta projek yang besar2 dari Tun Azazil. Ada malaikatul Ananda, ada malaikatul Vincent and Malaikat Yeoh.

Bila sombong dan takabbur, Tun Azazil dan malaikatul UMNO tidak menghiraukan rintihan dan gelisah rakyat. Dalam pada itu pun, ada kelompok malaikat yang berpenghulukan Tun Azazil menyedari bahawa kesombongan dan takabbur akan membawa malapetaka. Kelompok ini teringat pada pada suatu tulisan di salah sebuah puntu syurga yang tertera amaran:- "Seorang hamba Allah yang telah lama mengabdikan diri kepadanya akan mendapat laknat dengan sebab menolak perintah Allah."

Kelompok malaikat yang insaf ini telah berjumpa dengan Tun Azazil dan meminta Tun Azazil berdoa agar mereka semua tidak ditimpa laknat dari Allah. Setelah mendengar penjelasan dari para malaikat yang lain, lantas Tun Azazil memanjatkan doa kepada Allah. "Ya Allah. Janganlah Engkau murka atas mereka. Demikian hebat nya Tun Azazil. 

Tun Azazil selain jadi penghulu malaikat yang menjaga syurga Malaysia, juga mendapat gelaran2 yang mulia dari para penghuni syurga. Bapa kemodenan, penghulu yang terbaik dan seumpamanya. Ada juga seorang mamat yang menggelar Tun Azazil sebagai mahluk yang boleh berjalan atas permukaan air. Seluruh penghuni alam menggelar Tun Azazil dengan panggilan yang penuh kemuliaan dan berbeza-beza.

Di langit pertama, Azazil digelar Aabid yakni ahli ibadah yang mengabdikan diri luar biasa kepada Allah. Di langit kedua, Azazil diberi gelaran Raki yakni ahli ruku kepada Allah. Di langit ketiga, digelarnya Azazil sebagai Saajid atau ahli sujud. Di langit keempat, Azazil mendapat jolokan Khaasyi kerana selalu merendah diri kepada Allah. Di langit kelima, disebut Azazil sebagai Qaanit kerana ketaatannya kepada Allah. Di langit keenam, digelar Azazil sebagai Mujtahid kerana ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah. Di langit ketujuh, Azazil turut dipanggil Zaahid kerana sederhana dalam menggunakan sarana hidup.

Demikian lah hebat nya Tun Azazil. Selama lama Tun Azazil, penghulu para malaikat menyandang semua gelaran kehormat dan kemuliaan tibalah suatu masa ketika para malaikat melakukan Perhumpunan Agong parti mereka. Perhimpunan telah diadakan di Baitul alPutera alWorld alTrade alCenter. Mereka di beritahu oleh Allah, zat pemilik kemutlakan dan semua niat, maksud Dia untuk menciptakan khalifah di bumi. Maksud Allah disebut dalam surah Al-Baqarah, ayat 30 :

"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi."

Semua malaikat hampir tersentak menjawab mendengar kehendak Allah. Ya lah, monopoli kuasa yang mereka milik selama ini, harus pula dikongsi bersama dengan manusia lain.  Para malaikat jadi khuatir dan menyatakan protes mereka kepada Allah. Lalu Allah jawab "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah : 30)

Apabila Allah mencipta manusia yang bernama Adam, Allah menyuruh semua malaikat agar bersujud kepada Adam, sebagai wujud kepatuhan dan pengakuan atas kebesaran Allah. Seluruh malaikat pun bersujud, kecuali  Tun Azazil. Sebab itu Allah sebut: " Dan ingatatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takbur, dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir" (Surah Al-Baqarah : 34)

Tun Azazil merasakan sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelar dan sebutan kemuliaan, tak perlu bersujud kepada makhluk lain termasuk Adam kerana merasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah-laku dan sikap Azazil, lalu bertanya serta memberi gelaran baru baginya iaitu Iblis.

"Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Ku ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takbur)atau kamu merasa tergolong di kalangan orang-orang yang lebih tinggi?"

Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil sebaliknya ia malah menantang dan berkata:

"Wahai Allah. Bagaimana aku nak sujud kepada Adam sedangkan selama ini aku dan Engkau adalah satu dan pengetahuanMu adalah pengetahuanku dalam kekuasaanMu. Bagaimana aku nak sujud kepada makhluk yang akan menumpahkan darah dan permusuhan? Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah ciptakan aku dari api yang menyala dan Engkau ciptakan dia dari tanah. Aku tidak akan sujud kepada dia." la. nahi. 

Mendengar jawapan Azazil yang sombong, Allah berfirman : "Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".

Sejak itu atau Iblis tidak lagi berhak menghuni syurga. Kesombongan dirinya yang merasakan ia lebih baik, lebih mulia dan sebagainya berbanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata. 

Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.