`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 25, 2012

Politik Parti Iblis dan Syaitan



Semakin hari, kita tengok kedudukan UMNO/BN semakin lemah. Mengapa orang Melayu yang beragama Islam duduk sibuk nak tahu pendirian DAP mengenai hudud? DAP bukan parti yang memperjuangkan Islam dan majority pimpinan nya  bukan beragama Islam. Yang UMNO hendak sibuk dan rebut mengenai pendirian DAP apa hal? Pendirian UMNO macam mana? Ini yang orang Melayu lebih minat. Bukan kah kerja bodoh kita hendak dengar apa pandangan Kit Siang, Karpal Singh keatas Islam? Islam bergantung kepada orang Islam sendiri lah samdol. Kuman diseberang lautan nampak sangat, gajah didepan mata, tak nampak.

Saya ada tiori sendiri mengapa UMNO menentang hudud. Nanti mereka takut, PM, TPM dan semua pemimpin UMNO bermesyuarat cabinet semua tidak ada tangan. Kerana semua kena potong tangan. Projek tidak boleh berjalan sebab hendak tanda tangan surat kelulusan tak dapat. Hendak belajar sign dengan mulut ambil masa yang agak lama. Bayangkan. Najib tak boleh sign projek Sungai Besi. Dia tak boleh lulus projek Sungai Buloh. Dia tak boleh endorse Tan Kay Hock. Tangan takde, nak buat macam mana?

Satu dua suara sumbang DAP menentang hal2 yang bersangkutan dengan Islam apa yang kita hendak hairankan? Takkan Islam orang Melayu gugur sebab Karpal? Karpal Singh kata dia bukan menentang Islam, dia kata negara Islam tidak boleh ujud kerana perlembagaan kita bukan perlembagaan Islam. Kalau kita buat referendum, majority hendakkan hudud dilaksana, apa Karpal boleh buat? Jika perlembagaan Islam diujud sekali pun, tangung jawab melindungi orang bukan Islam tetap ada. Orang bukan Islam tetap mempunyai hak yang di lindungi oleh undang2.

Kalau UMNO nak tubuhkan negara Islam sila bentangkan perlembagaan Islam yang dicadangkan. Kalau UMNO berani, sila buat satu referendum dikalangan orang Melayu.

Nama pun bukan Islam. Lebih elok kita risaukan orang Melayu yang menyebut dua kalimah syahadah yang menentang Islam. DR Mahathir mengejek orang melayu yang beragama Islam dengan mengistiharkan Malaysia negara Islam. Jika demikian, mana perlembagaan negara Islam nya? Mahathir boleh melolong sana sini tapi mana buktinya? Najib sendiri kata jika hudud dilaksanakan, negara ini akan hancur? Apa hukum nya orang Melayu yang beragama Islam bercakap begini? Tidakkah ini bererti haram bagi kita menyokong UMNO?

Ada orang kata, saya tidak faham kah perumpamaan yang diguna oleh Mahathir. Better the devil we know than the angel we don’t know. Izinkan saya memberi tahu budak ini, saya amat faham maksud perumpamaan tersebut. Walaupun saya sarjana ekonomi, tapi saya juga student of the English Language.

Ini dia penerangan saya. Mahathir cakap sebagai ahli politik, bukan nya sebagai linguist atau pakar bahasa. Maka saya menterjemahkan nya dalam konteks politik bukan dalam konteks buku sastera Inggeris. Jangan lah jadi bodoh. Penggunaan dalam konteks politik mengundang tafsiran politik lah juga. Dan saya kata, jika Mahathir mengaku BN syaitan ketua nya UMNO mestilah Iblis. Jadi kita ada Tun Iblis, Tan Sri Syaitan dan Dato syaitan. Parti2 BN lain adalah suku sakat syiatan. 

Berita terbaru dari kalangan orang Cina- mereka tak marah Anwar Ibrahim. bahkan mereka kata Anwar terror. Kuat tenaga. Ada oomph. Jika lah Anwar benar2 bantai bontot orang, kemusnahan yang dia lakukan mengenai satu orang. Orang yang suka bontot membontot dia bantai lah. Setelah kena berkali kali baru hendak lapur? Apa pasal? Adakah kali yang ke-nth itu, tidak memuaskan? Tapi kemusnahan yang UMNO/BN lakukan dengan merampas segala kekayaan, rasuah, bolot semua peluang, jual Kad Pengenalan, jual pasir, salah guna kuasa memusnahkan jutaan rakyat. UMNO/BN tibai bontot rakyat lagi dasyat.

bandingkan Anwar dengan UMNO, siapa yang jahat? Yang lebih jahat ialah UMNO/BN. jadi sudah sah, sokongan orang Cina kepada pihak PR mencecah 85%. Kita ucap Sadakallahul-azim kepada UMNO/BN.

Itu sebab UMNO/BN parti syaitan. Siapa hendak dengar cakap Mahathir lagi? Bodoh kita orang melayu dengar si Kitol dari Kerala ini.

Dr Mahathir kata banyak perkara akan musnah jika PR memerintah. Kita hendak tahu, Dr Mahathir ini masih PM kah? Jika ya, maka sahlah Najib memang PM yang paling lemah. Lagi teruk daripada Pak Lah. Jika dia PM, pun sah dia lemah kerana tidak dapat mengawal Dr Mahathir. 

Tapi lagi banyak Dr Mahathir menjadi jurucakap UMNO, rakyat lagi suka. Sebab Dr Mahathirlah penyebab UMNO msunah. Dalam tahun 2004, Pak Lah mendapat mandate sokongan popular yang paling besar dalam sejarah UMNO. Bukan sebab orang suka Pak lah atau dia lebih popular dari Mahathir. rakyat memberi Pak Lah undi yang terbanyak sebagai mencerminkan kegembiraan mereka meraikan pemergian Dr Mahathir dari arena politik Malaysia. People were rejoicing, hallelujahing and ululating  at the exit of Mahathir.

Kerana rakyat kini sudah sedar, bahawa Mahathirlah punca lemah nya orang Melayu. Mahathir memulakan dasar pick and choose winners untuk ekonomi orang Melayu. Kerana itu, jurang pendapatan dikalangan Melayu sesama Melayu adalah terbesar di Malaysia. Dasar pembangunan ekonomi DR Mahathir yang sekarang ini disambung oleh Najib yang kurang cerdik ini, adalah dasar pro orang kaya.

Cuba kita kaji apa yang berlaku sekarang? Yang untung dari penyenaraian Felda ialah orang yang pangkat besar dan ada kedudukan. Orang2 seperti Isa Samad, pemimpn UMNO yang menyokong MUkhriz Mahathir dan orang kaya. Peneroka? Peneroka yang dimuliakan konon nya dapat 800 unit saham. Dapat untung RM300 melompat terkinja kinja. Yang senyum lebar pegi ke bank ialah orang kaya dan pangkat besar. 

Siapa untung atas projek kerja2 sambungan LRT Ampang? Tauke Cina kawan Dato najib. Siapa untung projek Sungai Besi? Kawan2 Dato Najib dan Rosmah berbangsa Cina. Siapa dapat airport Subang lama? Ravi Menon kawan Mahathir. siapa untung bila MAS di bengkrapkan? Air Asia.

Jika kita ambil orang Melayu yang duduk diluar bandar dan bandingkan pendapatan mereka dengan Melayu bandar, maka kita akan melihat kenapa terjadi demikian. Dasar Mahathir ialah dasar pro golongan kaya. Kenyataan yang kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin, adalah hasil dasar Mahathir.

Ambil contoh trend perbelanjaan kerajaan atau public spending. Dari masa kita merdeka sehingga 1970an, perbelanjaan kerajaan keatas pertanian dan luar bandar merupakan bahagian terbesar dariapa perbelanjaan pembanguan( development expenditure). Setelah itu, perbelanjaan keatas system pengangkutan, Pelajaran, dan akhir sekali keatas perdagangan dan industry. Ertinya kita lihat keutamaan diberi kepada luar bandar dan pertanian. Kenapa? Kerana disana dalam dalam sector itu, ramai orang miskin. Dan majority orang miskin disana ialah orang Melayu.

Semenajak 1981, perbelanjaan keatas luar bandar dan pertanian kian mengurang. Perbelanjaan ketaas pelajaran dan pendidikan menjadi bahagian terbesar. Yang lebih merunsingkan ialah perbelanjaan keatas perdangan dan industry mengatasi perbenjaan keatas pertanian dan luar bandar. Sejak zaman Mahathirlah, dasar meminggirkan rakyat di mulakan. Sehinggalah hari ini, kita lihat dasar tersebut disambung oleh Najib Tun Razak. Dan kita nak kata Najib cerdik?

Cuba kita lihat agihan perbelanjaan pembanguan untuk sector pertanian dan luar bandar berbanding dengan perbelanjaan Naib keatas industri dan perdagangan?

Jika kita lihat pola perbelanjaan, maka kita akan sedar mengapa orang Melayu semakin lemah dari segi kedudukan ekonomi. Mereka duduk diluar bandar dan merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam pertanian. Jumlah Melayu dalam industry dan perdagangan kecil berbanding dengan kaum lain. Maka jika dasar perbelanjaan kerajaan mengutamakan industry dan perdagangan sudah tentulah, kaum lain yang akan beruntung dari orang Melayu. Tentu perkara ini mudah difahami.

Memanglah perbelanjaan keatas pelajaran mendatangkan kesan positif keatas agihan pendapatan. Tapi adalah kebenaran juga, perbelanjaan keatas pelajaran asas dan juga keatas kesihatan awam yang asas lebih memanfaatkan golongan miskin daripada pebelanjaan keatas pendidikan tertiary dan kesihatan secondary. Sebab itu kalau di Terengganu saya kata bina poliklinik untuk rakyat miskin lebih baik dari buat masjid kos berjuta. Basic health improvement increases productivity.

Dasar2 yang di sasarkan kepada peningkatan pendidikan asas akan mengurakan jurang kemiskinan. Kerana perbelanjaan dan pelaburan keatas pendidikan asas dan kesihatan umum lebih menyampai kepada golongan miskin. Manakala pelaburan dan perbelanjaan untuk pendidikan tertiary dan kesihatan premium lebih pro orang kaya.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.