`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 21, 2012

MOF II: MAS paid RM600,000 only for re-branding and designing fee for new MAS logo to Landor Associates & Ogilvy and Mather!


En Al-Ishal Ishak, the former SVP Marketing & Promotion of MAS. He resigned in September 2012 and joined AirAsia
Yours truly has been questioning about the consultancy fees paid by MAS to Landor Associates and Ogilvy & Mather but the top management of MAS is not only keeping mum but hiding behind non-disclosure or secrecy clause in the agreement.   For the background information please read in   HERE. The re-branding of MAS was done in a haste without the approval of the Board  when En Al-Ishal Ishak was the  SVP Marketing and Promotion.  Yours truly has been informed by reliable sources that En Al-Ishal Ishak who left MAS last month has recently joined AirAsia.   
We are all expected to believe that the consultancy fees paid by MAS to Landor Associatesand Ogilvy & Mather was only RM600,0000 for re-brnading and designing of MAS logo!  MAS staffs should be able to tell us whether Landor Associates and/or Ogilvy & Mather will touch consultancy contract worth RM600,000-00.
The extract of yours truly’s speech during the policy debate, in HERE.
Below was the extract from the Hansard during the winding up of the policy debate on the 2013 Budget.

Hansard  18-10-2012
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri, minta sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Nampaknya saya sabar duduk di sini dan soalan saya walaupun saya bangkitkan awal lagi daripada Ahli Parlimen yang lain tetapi tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.
Pertamanya dari segi kawalan dan juga dengan prinsip-prinsip ataupun falsafah yang diumumkan oleh Yang Berhormat tadi memang saya bersetuju, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Itu amatlah baik. Akan tetapi yang sebagai kawalan mengenai dengan agensi-agensi di bawah Menteri Kewangan, yang pertama Bank Negara, saya telah menyatakan di sini dalam Dewan yang mulia ini dan isu-isu dana asing yang telah dimasukkan di dalam negara kita oleh, seperti dana asing daripada George Soros, Yahudi ini. Masuk ke negara kita dan disalurkan kepada Suaram dan MalaysiaKini dan kedua-dua organisasi ini adalah dua organisasi tiada, boleh kata kalau kita lihat semua kenyataan ataupun apa-apa yang dipublish oleh mereka adalah negatif semua, tidak ada satu yang baik. Memang ada yang tidak baik, memang ada juga yang baik tetapi ini tidak ada. Nampaknya dua-dua organisasi ini hendak mencemarkan negara kita sebab kita ada masalah dalaman negara kita seperti di Mesir.
Jadi soalan saya adalah bagaimana Bank Negara sebuah agensi negara kita tidak tahu dana ini masuk ke negara kita? Bolehkah Yang Berhormat Menteri maklumkan di dewan yang mulia ini apakah tindakan oleh Menteri Kewangan terhadap perkara ini? Kita tidak boleh biarkan mereka sebab Bank Negara ini adalah satu institusi tunggal negara kita untuk mengawal dana asing masuk ke sini atau wang dari Malaysia keluar negara. Itu yang pertama.
Kedua, sama ada Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak banyak soalan yang dibentangkan dalam Parlimen ini dan dijawab di atas nama Yang Berhormat Menteri. Saya hendak beri contoh. Ini kali yang kedua ini hendak beri contoh yang perangai-perangai ‘Little Napoleon’ dalam Khazanah, dalam MAS, dalam Menteri Kewangan.
Soalan saya adalah minta Menteri Kewangan untuk menyatakan atas alasan apakah pengurusan MAS, rebranding MAS dan menukarkan warna korporat itu biru tua dan merah kepada biru muda, dan yang kedua, sila berikan jumlah kos untuk rebranding ini iaitu bayaran kepada Landor Associates di United Kingdom dan konsultan lain seperti Ogilvy & Mather. Ini jawapan oleh Yang Berhormat atas nama Yang Berhormat dan saya percaya ini bukan jawapan
DR. 18.10.2012 79
daripada Yang Berhormat tetapi daripada ‘Little Napoleon’ di dalam Khazanah atau MAS dan dibantu oleh pegawai dalam kementerian. Inilah jawapannya… [Membaca petikan]
“Tuan Yang di-Pertua, MAS tidak dapat mendedahkan maklumat mengenai kos penjenamaan semula kerana terikat dengan peruntukan kerahsiaan dan non discloser dalam kontrak berkenaan. Peruntukan berkenaan merupakan peruntukan standard dalam mana-mana kontrak untuk melindungi kepentingan pihak-pihak yang terlibat. Oleh hal yang demikian, pendedahan sebarang maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia dan sesuatu kontrak oleh mana-mana pihak tanpa persetujuan pihak-pihak lain boleh memberi implikasi perundangan kepada pihak yang mendedahkan maklumat yang berkenaan kerana tidak mematuhi akujanji kerahsiaan seperti yang dipersetujui.”
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat…
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Perkara ini telah dibangkit juga dalam ucapan saya. Soalan saya, kos – kita tidak mahu tahu kandungan. Kita hendak tahu kos. Itu pun rahsia. Kalau begitu, jadi satu standard. Lebih baik kita buat sahaja semua kontrak dengan kerajaan kita, semua rahsia, ada non discloser clause dan tidak boleh tahu. Itu yang penting.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya hendak tahu di sini bahawa adakah ini dasar Kerajaan Persekutuan? Semua kontrak agensi dalam GLC atau pun kontrak-kontrak yang terlibat dengan syarikat agensi kerajaan, jadinya kos consultancy fees atau kos kontrak adalah rahsia kerana ada non discloser clause?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Last, sebab ini semua dalam ucapan saya Tuan Yang di-Pertua. Ketiga, saya juga tanya bahawa masalah MAS ini tiap-tiap tahun mereka perlu menganggung RM300 juta terhadap catering contract dengan LSG Sky Chefs-brahim’s Sdn Bhd. Yang Berhormat Tasik Gelugor memang amat fasih dalam perkara ini. Selamat datang hari ini, ada di sini. Di mana MAS telah terikat dengan kontrak katering ini 25 tahun. Jumlah kos RM6.25 bilion. Setahun lebih kurang RM300 juta dan saya dimaklumkan air mineral RM25 sebotolsecucuk sate RM3.20.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, yang isu itu Yang Berhormat sudah bahaskan hari itu Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: So kenapa Yang Berhormat tidak jawab soalan saya sama ada MAS hendak batalkan kontrak ini atau tidak, sebab ini satu kontrak yang berat sebelah. Yang Berhormat Tasik Gelugor amat faham dan juga bos Khazanah, Azman Mokhtar amat faham dalam perkara ini. Sila beri jawapan. Terima kasih.
Seorang Ahli: Setuju, setuju.
DR. 18.10.2012 80
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, pertama mengenai dengan dana asing George Soros, ini nanti saya akan perhalusi perbincangan dengan pihak Bank Negara.
Kedua mengenai dengan rebranding tersebut, seperti mana kita maklum, MAS sekarang dalam proses untuk menjadikan MAS satu organisasi yang viable dan beberapa perubahan perlu dibuat termasuk aircraft yang lama ditukarkan kepada baru dan rebranding. Jadi Yang Berhormat tanya berapakah bayaran kepada Landor Associates dan mereka yang terlibat dalam itu. Jumlahnya adalah lebih kurang RM600,000
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronal Kiandee]: Yang Berhormat…
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri, RM600,000 ini kepada Landor Associates atau Ogilvy & Mather?
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Nanti saya qualifykan.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sebab saya tidak percaya kalau RM600,000 itu, no way.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Tak banyak.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No way, impossible. So saya harap Yang Berhormat Menteri boleh meneliti perkara ini dan beri jawapan secara bertulis secepat mungkin.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Perkara yang lain itu saya ingat kita, MAS dalam proses kata untuk memperkukuhkan operasinya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya telah menyentuh semua kecuali beberapa yang saya akan jawab secara bertulis. Saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri, Sky Chef tidak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Menteri sudah habis, Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Sudah habis?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah habis Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
If the written reply from Minister of Finance II is not satisfactory then yours truly will pursue this matter during the Committee Stage this coming week.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.