`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 13, 2013

Beri Najib mandat sekali lagi? Najib pernah dapat mandat ke?


najib gangnam
oleh: C++

Bhai… gua cukup pelik biler membaca artikel di Sinar Harian. Pelik bukan pasai aper. Pelik pasai P. Kamalanathan dok cakap banyak-banyak kali yang berilah Najib Razak peluang sekali lagi … errr….. biar betul nih…. Sejak biler Najib Razak pernah dapat peluang mendapatkan mandat memerintah melalui satu Pilihanraya Umum… Sejak biler aaa…
Dier amik dari tangan Abdullah Ahmad Badawi itu hari pon bukan melalui Pilihanraya Umum. Jadi aper kejadahnya berilah peluang sekali lagi kepada Najib Razak… hahaha,…. memang tak kena langsung.. aper daaa..
Cer lu orang baca kat sini… hahaha
SUNGAI SELISEK – Pelbagai bentuk transformasi berjaya dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang tempoh beliau memegang tampuk pemerintahan negara. 

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata, sekiranya rakyat memberi sekali lagi peluang dan kepercayaan kepada Najib, sudah pasti lebih banyak pembaharuan dan perubahan dibawa. 

“Saya pasti lebih banyak transformasi dan manfaat yang akan diberikan kepada rakyat. Tapi untuk melaksanakan semua itu perlukan kepercayaan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, di sini. 

Turut hadir, Adun Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar; Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Nilam, Harizan Harun. 

Kamalanathan berkata, perjuangan yang dibawa Najib tidak pernah lari daripada landasan memartabatkan rakyat. 

Katanya, usaha Pengerusi BN itu sentiasa melihat dan menekankan keperluan rakyat di semua peringkat. 

“Beri beliau satu peluang dan berikan beliau kepercayaan. 

“Peluang untuk tingkatkan BR1M sudah pasti dapat dilakukan sekiranya ekonomi dapat ditingkatkan menerusi urus tadbir ekonomi yang baik,” katanya. 

Terdahulu, Kamalanathan berkata, penerima bantuan BR1M 2.0 di daerah ini dijangka terus meningkat sehingga tempoh pemberiannya berakhir 28 Februari ini. 

Menurutnya, tahun lalu sahaja seramai 27,000 penerima dengan jumlah keseluruhan RM14 juta mendapat manfaat daripada program BR1M.


Kalau tension, nikmati video di bawah! hahaha

- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.