`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 28, 2013

PEJABAT KERAJAAN LUMPUH GARA-GARA BR1M?


Saudara Pengarang,

KEGELOJOHAN para pemimpin BN menabur umpan melalui BR1M dan pengagehan ini menyebkan beban kerja pegawai awam bertambah; namun tidak menyangka mereka akan menghukum rakyat yang ingin berurusan rasmi.

Kepandiran Pegawai Daerah Kunak menyebabkan Kaunter Hasil Pejabat Daerah Kunak ditutup sepanjang hari pada 25 Februari 2013 kerana kakitangan sibuk mengurus penyampaian BR1M, seperti mana notis yang dilekatkan Ketua Kerani di cermin kaunter Hasil.
Akibatnya orang awam yang datang dari jaun untuk berurusan rasmi terpaksa pulang begitu sahaja dan ramai merungut kerana terpaksa datang lagi dan menghabiskan wang untuk membayar tambang.

Jika sikap Pegawai Daerah ini dicontohi oleh daerah lain, maka sudah pastinya menyusahkan rakyat dan membuatkan mereka marah sehingga pemberian BR1m tidak ubah seperti mencurah garam ke lautan.

Saya masih tidak faham kepada YB dan Menteri menyiksa rakyat berbaris sepanjang hari semata-mata untuk mengambil BR1M sedangkan ia dapat dilakukan dengan muda kerana semua maklumat dan urusan di zaman IT ini berada di hujung jari. Cukuplah menyiksa rakyat jika masih ingin mengekalkan kerusi!

Salam hormat,

CITRA MASADI
Ketua Penerangan AMK Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.