INDAH.....Kg. Iburu, Sipitang Perkampungan yang cukup indah tetapi menyembunyikan seribu rahsia yang belum terungkap di mahkamah!
Saudara Pengarang,
WALAUPUN perkampungan yang indah, permai, tenang dan masih kaya dengan sumber alam sekeliling, namun kini sedang berdepan dengan sikap pihak kerajaan yang tidak mengiktiraf dan tidak menghormati hak pemilikan tanah menurut adat (NCR) sepertimana dinyatakan dalam perundangan Negeri, Perlembagaan Persekutuan dan Common Law!
Kawasan tumpah darah nenek-moyang yang kini dikatakan Hutan Simpan akan bakal bertukar wajah kepada Geran Komunal! Mampukah kampung ini bertahan?...
Kaedah pemberimilikan dan pengurusan Geran Komunal yang diamalkan setakat ini adalah Menghapus Hak Milik Adat (NCR) dan bercanggah dengan sifat-sifat / prinsip-prinsip Tanah Adat (NCR).
GALUS AHTOI
Pacos Trust
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.