`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 21, 2013

MCA ‘Mahu Cari Angpow’


Label itu diberi oleh Adun Sekinchan dari DAP, Ng Swee Lim ketika berceramah di Negeri Sembilan malam kelmarin.
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) Sekinchan, Ng Swee Lim dari DAP melabelkan singkatan nama parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA sebagai ‘Mau Cari Angpow’.
“MCA berjuang demi fulus (duit)! Angpow! Bukan demi rakyat. Apa yang mereka fikirkan hanya jawatan. Bergaduh sampai menangis untuk jawatan.
“Umno masuk kawasan kampung, dia kata PAS bersekongkol dengan DAP? Jangan undi PAS.
“Dakyah yang sering dimainkan (Umno dan MCA), PAS dikatakan menjadi kuda tunggangan DAP. DAP  dikatakan menjadi kuda tunggangan PAS. DAP dikudakan PKR, PKR dikudakan oleh PAS.
“Dalam Pakatan Rakyat semua jadi kuda, yang menjadi lembu Umno-BN.
“Ya, kami menjadi kuda. Kami adalah kuda untuk rakyat,” kata Ng dan disambut dengan sorakan gamat dan gelak ketawa oleh lebih 1,500 penduduk tempatan.
Ng berucap di program ceramah anjuran PAS DUN Paroi, di Kampung Tok Dagang malam kelmarin.
Walaupun 90 peratus hadirin pada malam itu merupakan orang Melayu, tetapi menyedari terdapat lebih kurang 10 peratus masyarakat setempat berbangsa Cina, Ng terus menyerang MCA khususnya Presuden parti itu iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek.
Mana rekod MCA bela Melayu?
“Mana ada rekod MCA pernah bela orang Melayu atau orang Islam? Hina Islam ada. Baru-baru ini Chua dalam satu program yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika hukum hudud dilaksanakan, 1.2 juta rakyat Malaysia akan mengganggur.
“Dari mana Chua dapat perangkaan ini? Perangkaan ekonomi? Dia main cakap sahaja. Maknanya Chua biadap.Tapi ada Najib yang duduk sebelah dia ada ada tegur Chua?
“Kalau kamu tak setuju dengan hukum hudud tak apa. Tapi jangan hina hukum hudud. Kalau kamu tak faham Islam, duduk diam tapi  jangan hina Islam.
“Saya nak tanya ada Umno tegur Chua? Tak ada,” ujar Ng lagi.
Ng meneruskan ceramah beliau dan menyentuh kontroversi pemilikan sebidang tanah seluas 30 ekar  di Sekinchan untuk tujuan penternakan udang yang Ng dakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mempunyai kepentingan.
Berapa ekar Noh dapat?
“Berapa ekar Noh dapat? Noh dapat 30 ekar tanah. Berapa premium dia bayar? RM9,760 Dalam salinan dokumen yang saya ada, ada nama Noh.
“Apabila saya pertikaikan isu ini dalam media dan cabar Noh beri penjelasan, Noh jawab – ‘Saya sebagai Menteri Pertanian , saya nak merasai bagaimana nak jadi seorang petani penternak udang. Tak boleh ke..?
“Dia juga melontarkan persoalan kepada saya tak kan Menteri Perumahan tidak boleh beli rumah.
“Saya jawab Menteri Perumahan boleh beli rumah tetapi Menteri Perumahan tidak boleh terlibat menjadi pemaju bina rumah kerana akan wujud percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan rasuah salah guna kuasa.
“Saya juga kata kamu Noh sebagai Menteri Pertanian boleh beli udang, kamu boleh makan udang termasuk dengan otaknya.
“Tetapi kamu tidak boleh menternak udang, usahasama dengan Syarikat Pristine Agrofood kerana ini percanggahan kepentingan dengan portfolio kamu.
“Ini rasuah salah guna kuasa percanggahan kepentingan. Oleh itu saya minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat Noh. Kalau tidak tunggu 45 hari lagi, kita pergi Putrajaya, kita akan buka fail Noh dan kita heret Noh ke mahkamah,” kata Ng dan sekali lagi gelak ketawa orang ramai mengamatkan suasana ceramah tersebut.
Turut berucap ialah Adun Paroi dari PAS, Mohd Taufek Abdul Ghani.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.