`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 12, 2013

Najib -Rosmah sila tutup muka dengan bantal




Pengunjung rumah terbuka sedia untuk Psy tapi...-Malaysiakini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan kecewa sekiranya mendengar perbualan para pengunjung yang memenuhi kawasan belakang padang Kolej Han Chiang semasa sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang hari ini.
Dalam ucapannya di majlis itu, Najib antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Gangnam Psy.
Najib mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut "Ya" dengan bersemangat.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk "BN".

Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut "Tidak" dan tertawa.

Mereka juga ketawa apabila Najib menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama "Han Niang", ketika mengumumkan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada kolej universiti.

Hadirin berkenaan turut ketawa apabila pengerusi majlis menjemput isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyanyi lagu sambutan Tahun Baru Cina.

Rosmah ditemani beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen di atas pentas.-Malaysiakini

Orang Melayu tunggu apa lagi dok sokong BN.Bagi Rm100-RM500 ambik tapi jangan undi BN.BN kencin kita kita kencin BN.Makan umpan tapi jangan makan mata kail haha
Mana Najib-Rosmah nak letak muka?Duit habis RM2juta bayar kepada Psy Gangnam Style tapi rakyat tetap kata NOooo for BN!Gangnam style dah jadi Ganyang Style kepada Najib-Rosmah.

Sila tutup muka dengan bantal.Kalau kalah pulak pru 13 dan hilang jawatan PM pacak kepala dalam padang pasir kaki naik ke atas sapa pun tak dapat cam.
Perkasa,Jati,dan pejuang Melayu sila buat laporan polis Najib-Rosmah kamu dihina walaupun habis RM2juta dalam masa sejam.

Bala datang bertimpa-timpa kepada Najib.Suwey tak habis-habis tapi masih ada yang seronok ikut Najib di dalam dan luar negara.Sapa nak naik kapal karam bersama Umno-BN silakan.

Nak buat ramai kena bawa artis luar negara tapi akhirnya dimalukan depan mata sendiri.

Media luar negara pulak melaporkan seperti di bawah tentang konsert Gangnam Style

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.