`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 16, 2013

SIAPA BENARKAN PENCEROBOH TINGGAL DI SABAH?




Saudara Pengarang,
SAYA dan saya pasti rakyat Sabah yang lain amat berminat dengan perkembangan insiden pencerobohan warga Filipina di Tungku, Sabah kerana isu ini amat mengancam kedaulatan Sabah; terutama seperti yang disiarkan dalam laporan Bernama sebagai pewaris Kesultanan Sulu.

Pelbagai persoalan pasti timbul di minda setiap rakyat di Sabah, antaranya;
01. Apakah tindakan kerajaan kita terhadap mereka? Bukankah mereka masuk secara haram dan menuntut Sabah sebagai hak Kesultanan Sulu (berkaitan seorang Datu' di Sabah) beberapa ketika dahulu?

02. Kenyataan yang dipetik (dalam berita Bernama) "..kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan..". Adakah ini bermakna tiada tindakan undang-undang terhadap penceroboh ini?

Persoalan inilah yang amat merisaukan saya kerana pihak berkuasa terlalu bertoleransi dengan penceroboh dan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Oleh itu, saya menggesa agar kenyataan yang disiarkan Bernama itu diulas dengan teliti agar tidak dimanupulasi. Kita pasti pihak berkuasa sedang menjalankan tugas dengan profesional, sekalipun terlalu lembik!

Salam Hormat,


RAKYAT YANG GUSAR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.