Tuan Solah yang salah! Itulah yang patut dikatakan kepada Tuan Solah, bos JPJ itu!
Ada ke tuan kata "mereka yang 'bising' adalahdaripada kalangan terbabit dengan kesalahan dilakukan." Ini adalah seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinarharian.
Dan lagi, benar ke Tuan Solah kenyataan ini (?)....."pada saya ia ditimbulkan kepada mereka yang menerima kesan langsung, kepada mereka yang tidak salah, tak ada apa pun"?
Atau anda sebenarnya merapu seperti orang politik? Ingat tuan Solah anda penjawat awam bukan ahli politik...jangan merapu!
Aku tidak ada satu pun saman traffik mahupun AES, aku tetap tidak bersetuju AES dengan cara seperti yang mahu dilaksanakan pada masa ini!
Rakyat lebih melihat AES bukan langkah untuk mencegah kemalangan jalanraya semata-mata tetapi LEBIH KEPADA menjadikan AES antara sumber pendapatan kerajaan Umno/Bn dan kroni mereka yang sedang kepupusan wang! Salahkah rakyat menganggap begitu? Kerana setakat hari ini faktanya kelihatan begitu, dalam keadaan AES boleh dilaksanakan dengan cara yang lebih baik dan lebih sempurna untuk diterima oleh rakyat secara rasional.
Solah yang salah diharap jangan anggap semua rakyat bodoh seperti mana mereka yang masih menganggap Umno/Bn adalah segala-galanya untuk kehidupan mereka!
Tuan Solah, tuan kelihatan telah berbicara macam orang politik !? Tuan sepatutnya menasihatkan kerajaan Umno/Bn agar mansuhkan AES atau laksanakan AES dengan cara yang tidak dilihat oleh rakyat, AES sebagai projek kroni yang cuba memeras dan menekan rakyat sedangkan kemalangan maut tetap tidak berkurangan apatah lagi selesai!
Sinar melaporkan:
AES: JPJ perlukan kerjasama negeri
HABSAH ISMAIL
12 Februari 2013.
Bagi tujuan itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengemas kini aspek teknikal dengan mengadakan perbincangan di pihak berkaitan termasuk menyelesaikan isu berbangkit seperti mengenai lokasi kawasan black spot dikatakan bukan kawasan kerap berlaku kemalangan.
Menyifatkan kritikan keras terhadap sistem ini adalah biasa memandangkan ia baru diperkenalkan, Solah secara sinis berkata, mereka yang 'bising' itu adalah daripada kalangan terbabit dengan kesalahan dilakukan.
"Pada peringkat senario sekarang, isu ini akan dipolitikkan, apa lagi isu penguatkuasaan, pada saya ia ditimbulkan kepada mereka yang menerima kesan langsung, kepada mereka yang tidak salah, tak ada apa pun, adakah anda bimbang sekiranya orang mengedar dadah digantung, kalau anda tidak mengedar, anda tidak akan berasa apa pun," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Baca selanjutnya:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/aes-jpj-perlukan-kerjasama-negeri-1.130360
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.